RSS

Rekod Transit

19 Jun

Assalammualaikum dan selamat sejahtera cikgu!

dalam pengurusan evidens PBS cikgu, ada dokumen dipanggil ‘Rekod Transit’…di bawah ni saya tunjukkan contoh dokumen rekod transit yang telah saya sediakan untuk cikgu-cikgu sivik di sekolah saya…

apa kegunaan rekod transit ni cikgu? ia adalah satu cara merekodkan evidens-evidens yang telah dilengkapkan oleh murid-murid…ia disimpan oleh cikgu sivik yang bertanggungjawab ke atas kelas yang berkenaan…cikgu boleh simpankan dalam fail khas yang cikgu beli sendiri supaya mudah dicapai…
 
rekod transit ni cikgu, salah satu tujuan dia supaya kalau cikgu nak rekodkan ke dalam sistem SPPBS, dan sistem SPPBS tak dapat dicapai, mungkin kerana internet down, ramai sangat guna sistem pada satu masa dan sebabkan sistem jadi lembap dan sebagainya, cikgu rekod dalam rekod transit terlebih dahulu..ianya juga bagi memudahkan kerja pemantauan perjalanan PBS cikgu oleh pihak pentadbiran sekolah…jadi bila-bila masa cikgu ada kelapangan masa, internet pon dah ok, sistem SPPBS pun dah laju, boleh la cikgu masukkan rekod ke dalam sistem SPPBS…merekod ke dalam sistem SPPBS tu mandatori cikgu…jangan terlupa pulak..
 
cadangan saya cikgu…supaya pengurusan evidens cikgu teratur, bila cikgu dah buat penyemakan evidens murid-murid dan telah berikan skor evidens, cikgu tandakan pada rekod transit, murid-murid yang telah melengkapkan evidens…ini mudah untuk cikgu kesan murid-murid yang belum melengkapkan evidens (ponteng, wakil sekolah)…bila cikgu pasti semua murid telah melengkapkan evidens tersebut dengan merujuk kepada rekod transit, barulah cikgu letakkan maklumat evidens seperti tarikh dan skor murid-murid pada helaian rekod di fail perkembangan murid, (rujuk Fail Perkembangan Murid)… ini bagi mengelakkan cikgu kena bukak tutup fail perkembangan murid dua, tiga kali untuk evidens yang sama..ruangan SPPBS kat helaian rekod fail perkembangan murid tu cikgu tanda je masa masukkan tarikh dan skor evidens murid-murid….bila dah buat semua ni, barulah cikgu cari masa terluang untuk masukkan rekod ke dalam sistem SPPBS…
 
untuk mudahkan kerja cikgu, cikgu boleh dapatkan dokumen rekod transit yang telah saya sediakan di menu ‘Muat Turun’ di atas…
 
About these ads
 
Leave a comment

Posted by on 19 June 2012 in Pengurusan Evidens PBS

 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 165 other followers

%d bloggers like this: