RSS

Helaian Rekod dan Rekod Transit.

13 Jul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

cikgu dah start setup cikgu punya SPPBS macam yang saya dah “adjust” kan untuk cikgu-cikgu…cikgu kena jugak setup cikgu punya fail perkembangan murid dan rekod transit cikgu..lupa saya nak bagitau cikgu-cikgu, setup SPPBS sampai band 3 jer dulu, band 4 dan ke atas tu tunggu dulu pasal tak pasti murid-murid dapat lengkapkan ke tidak..so, cikgu setup SPPBS cikgu sampai bulan terkini untuk band 1 sampai band 3 je dulu….
 
Rekod Transit.
yang ini mudah saje untuk cikgu setup…cikgu cuma tandakan saje pada ruangan evidens yang telah dilengkapkan menandakan murid-murid telah melengkapkan evidens tersebut…
ini adalah contoh kalau cikgu menggunakan rekod transit yang telah saya sediakan di ruangan “Muat Turun”…setiap tema ada satu helai…ada cikgu yang boleh buat semua dalam satu helai je guna EXCEL jadi jimat kertas…boleh jugak, saya suka buat besar-besar supaya tak sakit mata nak menengoknye..jadi cikgu tandakan sampai unit terkini yang cikgu dah ajar dalam PnP..
 
Helaian Rekod Fail Perkembangan Murid.
untuk Fail Perkembangan Murid, saya gunakan helaian rekod seperti yang saya telah ceritakan pada entri lepas…cikgu boleh dapatkan helaian rekod ni di ruangan “Muat Turun” …untuk fail ni, cikgu-cikgu kena letakkan evidens terbaik yang berjaya dilengkapkan oleh murid-murid..kalau band 4 adalah band terbaik yang boleh murid ni lengkapkan, kat dalam fail perkembangan dia cuma ada evidens untuk band 4 ni saje..
 
antara kesulitan yang saya terfikirkan bila kena letak evidens terbaik saje ni..
 
a) cikgu nak kena bukak tutup fail banyak kali untuk keluarkan, masukkan evidens..evidens yang dikeluarkan nak letak kat mana? nak bagi balik kat murid-murid maknanye selamat tinggal la evidens tu,..isteri saya siap beli fail banyak-banyak untuk simpan evidens-evidens yang dikeluarkan, membazir sungguh! nak kena masuk fail lain pulak..
 
b) ada yang masukkan je la semua, takde keluar..setakat ni yang saya nampak, ramai buat camni…kesudahan yang ni saya tak berapa pasti lagi..mungkin bila dah sampai band tertinggi yang murid-murid dapat lengkapkan, yang lain-lain tu barulah dikeluarkan..akan jadi macam kat (a) jugak..
 
ada lagi kesulitan yang boleh difikirkan tapi nanti la…saya bagitau kalau pakai helaian rekod yang telah saya sediakan..
kat atas contoh untuk unit 1 ngan unit 2 sampai evidens band 3..mula-mula saya letak ruangan tarikh tu untuk letakkan tarikh murid berjaya lengkapkan evidens, tapi nampak macam leceh…so, saya tiru macam SPPBS, letak bulan evidens berjaya dilengkapkan jer..
ruangan skor tu adalah markah yang murid-murid perolehi bila berjaya lengkapkan evidens…ada 10 soalan, 10 soalan dijawab betul, 100%..7 soalan dijawab betul, 70%..simple calculation jer..markah pass 50%…kalau dapat 40%, tak lepas…nak buat macam mana? skor kat helaian rekod kekal 40% tapi cikgu kat kelas nanti, bimbing murid tu sampai dia boleh jawab sampai pass (>50%), buat pembetulan dalam buku..pasal dia orang cakap, at least murid-murid boleh dapat band 3 kan? jadi, band 1 sampai band 3 boleh buat camni…band 4 ke atas, kalau tak pass, tak dapat la band tu…takde nak pembetulan lagi dah…
 
jadi, rekod semua evidens-evidens murid-murid boleh diakses dengan mudah di fail perkembangan murid, jika diperlukan…evidens terbaik pula, kalau band 6, cikgu dah boleh ceraikan evidens tersebut dari buku dan letakkan dalam fail perkembangan murid..pasal dah takde band lagi tinggi…kalau kat tema 1 dia dah boleh dapat band 6, band 6 tu cikgu dah boleh letak kat dalam fail..tak payah nak letak benda lain lagi…
tapi kalau murid lemah, kena tunggu sampai akhir sesi persekolahan baru boleh tengok ape band paling tinggi dia, barulah cikgu ceraikan dari buku evidens terbaik tu, masukkan dalam fail…buku tu bolehlah cikgu serahkan balik kepada murid-murid untuk dia simpan buat kenangan…
 
ada lagi penambahbaikan yang saya nak buat untuk PBS sivik, tapi tunggu dulu la…
 
About these ads
 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 165 other followers

%d bloggers like this: