RSS

PBS Sivik Tingkatan 2

06 Nov

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu!

Akhirnya sudah sampai ke minggu terakhir sesi persekolahan tahun 2012..minggulah ni masanya untuk siapkan kerja-kerja terakhir untuk tahun 2012 kalau tak nak kena panggil balik sekolah siapkan kerja masa cuti nanti..saya rasa masa ni pasti ramai cikgu-cikgu yang sedang termenung di depan skrin laptop masing-masing, menunggu simbol “loading” yang bulat berpusing-pusing tak henti-henti untuk hilang dan dapat masukkan data SPPBS yang seterusnya…diharap cikgu jangan berputus dan teruskan berusaha..
 
Di bahagian selatan tanahair, kursus-kursus PBS untuk tingkatan 2 sedang giat dijalankan…saya tak terlibat dengan PBS tingkatan 2, tapi isteri saya terlibat dan telah selesai kursus minggu lepas…di Selangor, kursus-kursus PBS untuk tingkatan 2 telah dijalankan sebelum cuti hari raya haji lagi, seperti yang telah diberitahu oleh rakan guru di sana..kenapa belah sini lambat, pun tak diketahui sebabnya..dan bagi guru-guru yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab menguruskan PBS untuk tingkatan 2, pasti mereka sudah pun menerima dokumen standard prestasi untuk tingkatan 2, panduan penting untuk menghasilkan eviden-eviden untuk kegunaan PBS…
 
Tapi, kalau cikgu melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, cikgu takkan nampak pautan untuk muat turun DSP untuk tingkatan 2…ini kerana, saya diberitahu oleh isteri saya, DSP yang diedarkan ni masih lagi dalam bentuk draf dan mungkin akan ada perubahan, menurut JU yang mengendalikan kursus-kursus PBS nih..tapi cikgu, skrip ni pun sama jugak macam tahun lepas isteri saya gunakan masa dia jadi JU untuk PBS sivik tingkatan 1, tapi takde pun perubahan nye, sama je…untuk cikgu-cikgu yang nak dapatkan draf DSP untuk pendidikan sivik tingkatan 2, cikgu dah boleh dapatkan di ruangan MUAT TURUN untuk tatapan cikgu-cikgu..
 
Dengan adanye DSP ni, maknanye saya dah bole start untuk hasilkan bahan untuk buku BAND UP! tingkatan 2..saya akan mula kerja “perah otak” bila start je cuti hujung minggu pasal sekarang masih lagi tengah siapkan kerja-kerja terakhir sekolah…hasil daripada ‘feedback’ yang saya terima dari cikgu-cikgu, saya akan melakukan penambahbaikan kepada buku BAND UP! pendidikan sivik tingkatan 1 yang akan juga diterapkan pada penghasilan buku BAND UP! tingkatan 2…diharap cikgu-cikgu masih tetap memberikan sokongan padu pada saya dalam menghasilkan buku BAND UP!..
 
About these ads
 
20 Comments

Posted by on 6 November 2012 in Buku Evidens PBS, Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , ,

20 responses to “PBS Sivik Tingkatan 2

  1. Noor Laila

    7 November 2012 at 6:06 am

    Salam. macam mana cara nak order utk tahun 2013

    ________________________________

     
  2. mira

    8 November 2012 at 11:53 am

    pulau pinang baru nak start

     
  3. cikgu siti

    16 November 2012 at 12:05 am

    saya nk orde buku PBS ting.1…macam mana caranya?

     
  4. hazfaliza

    21 November 2012 at 6:17 am

    saya juga nak order…macam mana caranya…

     
  5. cikgu jijah

    26 November 2012 at 10:52 pm

    terima kasih sbb sudi share DSP sivik ting 2 kerna di sabah belum ada lg sebarang maklumat kecuali bagi subjek2 tertentu….sy jua berminat utk dapatkan buku band up sivik tingkatan 1 dan 2 (jika ada) utk dijadikan sbg rujukan…perkara ini bole sy bincangkan dgn KP sy bila buka sekolah nnt…terima kasih di atas usaha murni saudara utk memudahkan kerja kami….

     
  6. cikgu abu

    27 November 2012 at 8:44 am

    Selamat pagi cikgu,
    saya akan mengajar SivikTingkatan 2 tahun depan,
    persoalan saya ialah, apa jadi dengan semua eviden PBS tingkatan 1 yang ada dalam fail tu, nak dikekalkan atau dipulangkan kepada pelajar2…..

     
    • Cikgu Sivik

      27 November 2012 at 12:03 pm

      Salam cikgu,
      Kalau ikut prosedur yg sebenar, eviden yg direkod kat dlm sppbs dah bole kluarkan dr fail dan serah balik pd murid. Yg tinggal dlm fail cuma eviden band tertinggi je.
      Tp, bila dah masuk tingkatan 2, semua eviden tingkatan 1 kena kluarkan. Terpulang nak bg pd murid balik atau nak buang dlm tong sampah. Tp kalau sy, sy pilih buang dlm tong sampah. Murid2 bukannye kisah pon…

       
  7. anis

    20 December 2012 at 3:28 pm

    cikgu sivik, email sy cmne nak ordeR BAND UP tu. kyleferdy@gmail.com

     
  8. zury

    3 January 2013 at 2:11 pm

    saya nak beli buku ni cmne ye.? email pd sy

     
  9. nurhafieshya

    8 January 2013 at 10:27 pm

    assalam,
    cikgu sivik, rekod transit sivik ting 2 adakah sama dengan rekod transit sivik ting 1??
    jika buku sudah diterbitkan, sila war2kan la yer…
    thanks a lot..:)

     
  10. RENNYA AJANG

    10 January 2013 at 6:01 pm

    Cikgu Sivik,jika dah ada buku sivik ting 2,mohon diberitahu,nak buat pesanan,masih kabur nak buat eviden.

     
  11. Ida

    13 January 2013 at 1:23 pm

    Assalam…cikgu sivik, bgmn sy nk dapatkan bands up t2 ye?

     
  12. monaliza bt othman

    26 January 2013 at 12:22 pm

    blh tak email saya …..nak order buku .

     
  13. Cikgu Naimah

    4 March 2013 at 8:23 pm

    salam…cikgu sivik saya nak dapat kan buku evidens macam mana

     
  14. nadhirah roizan

    7 March 2013 at 8:43 pm

    mcm mne nk thu keputusan kami..;

     
    • Cikgu Sivik

      8 March 2013 at 10:26 pm

      boleh tanya terus ngan cikgu yg mentaksir…

       
  15. nur fatin najwa

    26 March 2013 at 11:51 pm

    macammna nk buat pidato b5d4e1

     
    • Cikgu Sivik

      28 March 2013 at 10:04 am

      sy dah rujuk DSP utk pendidikan sivik tingkatan 2, evidens b5d4e1 takde kena mengena dengan membuat pidato…evidens mengkehendaki pelajar mewakili sekolah dalam apa2 peringkat dalam kegiatan kesenian…sy tak pasti aktiviti seni apa yang terlibat dengan pidato…selalunya pidato adalah aktiviti akademik…pasti cikgu betul2 memahami kehendak evidens…

       
  16. ain

    30 August 2013 at 6:03 pm

    ok buku untuk pbs f2 tak de ke atau certain skolah je yang pakai

     
    • Cikgu Sivik

      8 September 2013 at 12:14 am

      maaf cikgu, rancangan untuk buku tingkatan 2 terpaksa ditunda kerana kekangan masa dan masalah teknikal..

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 165 other followers

%d bloggers like this: