RSS

Tag Archives: evidens pbs sivik

Panduan Jawapan Buku Band Up!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

ada cikgu yang dah dapatkan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 bertanya kepada saya tentang skema jawapan untuk buku ni…sebenarnya kalau ada pun skema jawapan, saya rasa kat skema tu akan sebut “terima jawapan yang sesuai dari murid”…jadi boleh dikatakan buku ni tiada skema jawapan, tapi saya boleh berikan panduan jawapan di mana cikgu-cikgu boleh rujuk pada buku teks di mana jawapan-jawapan boleh diperolehi kerana saya menghasilkan evidens-evidens di dalam buku ni dengan berpandukan kepada buku teks dan dokumen standard prestasi saja..
 
Namun demikian, tak banyak evidens yang memerlukan murid merujuk kepada buku teks untuk mendapatkan jawapan kerana pendidikan sivik bukan mengajar fakta macam matapelajaran sains, sejarah, matematik, tapi mengajar cara yang terbaik untuk murid membawa diri dalam masyarakat sekeliling…tapi di sini saya akan tunjukkan kepada cikgu-cikgu evidens mana yang perlukan murid-murid rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan…
 
UNIT 6 = Cerita Rakyat Pelbagai Kaum
 
B1D4E1 : murid dikehendaki menyatakan jenis-jenis cerita rakyat pelbagai kaum… jenis-jenis cerita rakyat seperti yang dikehendaki oleh buku teks boleh didapati pada teks perbualan di mukasurat 70 dan 71 dalam buku teks.
 
B2D5E1 : murid dikehendaki memberikan contoh-contoh cerita rakyat pelbagai kaum…dalam buku teks sudah diberikan satu contoh untuk setiap kaum…namun murid dikehendaki memberikan yang selain daripada yang sudah diberikan dalam buku teks…cikgu boleh bawa murid-murid ke perpustakaan dan untuk selesaikan evidens ni, murid-murid boleh mencari buku-buku cerita rakyat di perpustakaan…
 
saya cadangkan cikgu-cikgu masa hendaklah selesaikan evidens untuk unit 6 ni, cikgu bawak murid-murid pergi perpustakaan…jadi, murid-murid boleh dapatkan jawapan dari buku-buku cerita rakyat yang terdapat di perpustakaan…pasal nanti ada evidens yang murid kena buat sinopsis cerita rakyat, cari pengajaran dari cerita rakyat dan kena buat buku skrap untuk cerita rakyat…
 
UNIT 7 = Kerajaan Demokrasi
 
B2D6E1 : murid kena terangkan maksud demokrasi dengan cara melengkapkan peta minda…jawapan untuk evidens ini boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86.
 
B2D6E2 : murid kena senaraikan prinsip-prinsip kerajaan demokrasi…jawapan untuk evidens ini juga boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86..
 
UNIT 8 = Kesinambungan Kesejahteraan Rakyat
 
B1D6E1 : murid kena nyatakan jenis cabaran kesinambungan kesejahteraan rakyat…jawapan untuk evidens boleh didapati pada teks ucapan di dalam buku teks di mukasurat 94 dan 95…
 
B2D7E1 : evidens ni merujuk kepada aktiviti 8B mukasurat 98 dalam buku teks…senaraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat sejahtera…tapi ada 4 ciri jer…jadi saya buat murid kena bagi apa yang dimaksudkan dengan setiap ciri tu…terima je lah jawapan yang sesuai dari murid-murid…
 
————————————————————————————————————————————————-
 
itu jer cikgu, evidens yang kena rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan…yang lain-lain semuanya sama ada jawapan dari murid-murid atau murid kena hasilkan buku skrap, aktiviti berkumpulan dan aktiviti luar…ini saya rasa akan lebih memudahkan cikgu-cikgu terutamanya bila nak semak evidens-evidens yang telah murid-murid lengkapkan…
 
di bawah ni saya sertakan contoh evidens yang telah dilengkapkan salah seorang murid saya…murid ni datang dari kelas murid-murid yang hardcore…contohnya evidens lengkapkan biodata diri tu, no kp dia tak tau, jantina dia tak tau, bangsa pun dia tak tau, cita-cita lagi la tak tau…tapi saya terangkan kat dia tiap-tiap satu barulah dia faham ape benda tiap-tiap satu tu…dan dia boleh jawab dengan baik, mengikut kefahaman dia :)
 
  
 
 jadi, saya rasa kalau murid-murid yang lebih terampil, takkan ada masalah untuk lengkapkan evidens
hingga ke band 3 dan seterusnya…
About these ads
 
4 Comments

Posted by on 26 July 2012 in Pengurusan Evidens PBS

 

Tags: , , , ,

SPPBS Pendidikan Sivik Tingkatan 1.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

sekarang mesti ramai cikgu-cikgu yang tengah sibuk masukkan “markah” ke dalam SPPBS…lebih-lebih bila ada yang dibagitau dateline untuk masukkan “markah” ke dalam SPPBS ialah 30 Julai ni…ramai cikgu-cikgu yang terdesak…jangan risau cikgu…masalah SPPBS telah selesai, bagi pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 1…mari kita ramai-ramai serbu SPPBS…
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sebelum tu pastikan cikgu-cikgu dah daftar kelas pendidikan sivik cikgu kat dalam SPPBS…kalau belum daftar lagi, cikgu boleh merujuk entri mendaftar kelas dalam sistem SPPBS
 
lepas dah daftarkan kelas, barulah kita boleh masukkan “markah” ke dalam SPPBS…cara nak masukkan “markah” ke dalam sistem SPPBS, cikgu boleh rujuk entri masukkan “markah” ke dalam sistem SPPBS..
 
macam mana nak masukkan “markah” kalau buku evidens pun belum sampai lagi?…
minta maaf lah cikgu, disebabkan oleh masalah yang di luar kawalan saya, buku Band Up! lambat sampai kat cikgu..tapi saya akan berusaha memudahkan kerja PBS cikgu-cikgu kerana cikgu-cikgu sanggup tunggu buku saya…jadi, ini adalah usaha yang dapat saya lakukan untuk cikgu-cikgu…
 
saya telah merujuk kepada takwim sekolah saya dan memadankan dengan jumlah evidens yang terdapat dalam PBS pendidikan sivik…dengan menggunakan matematik, dalam satu minggu, kita masuk  kelas sekali (2 masa), tiada lagi peperiksaan untuk tingkatan 1 dan cuti sekolah, saya telah meng “adjust” kan bulan-bulan sepanjang sesi persekolahan tahun 2012 dengan evidens-evidens untuk pendidikan sivik tingkatan 1..jadi, cikgu boleh gunakan panduan ini untuk masukkan “markah” dalam sistem SPPBS sementara tunggu buku Band Up! sampai minggu depan, InsyaAllah…
 
Panduan Band 1
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 2
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 3
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 4
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 6
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
saya harap panduan ini dapat membantu dan memudahkan kerja memasukkan “markah” PBS ke dalam sistem SPPBS cikgu-cikgu…jom serbu SPPBS…
 
 

Tags: , , , , ,

Mudahnye SPPBS – Panduan 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

bila cikgu dah daftarkan kelas dan matapelajaran cikgu, inilah masanye cikgu kena masukkan “markah” pbs sivik cikgu ke dalam sistem SPPBS…mudahnye sistem SPPBS ni, dia tak macam sistem SAPS di mana cikgu kena masukkan markah dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan, kalau tidak cikgu akan dapat “warning” dari SU peperiksaan/pengetua….sistem SPPBS dibuka sepanjang sesi persekolahan dan cikgu boleh masukkan markah untuk bulan-bulan yang telah lepas, malah bulan-bulan yang akan datang pun boleh…cikgu bukan masukkan markah pun, cuma “tick” pada evidens-evidens yang sudah dilengkapkan murid-murid, itu saje…
 
Langkah 1 = untuk masukkan “markah”, cikgu login dan masuk ke laman utama…
inilah adalah laman utama dan di bahagian kiri terdapat beberapa baris menu untuk kegunaan cikgu..
 
Langkah 2 = cikgu klik sekali pada menu “Kemasukan Prestasi” dan cikgu akan dibawa ke sini…
paparan “Kemasukan Prestasi” lebih kurang sama macam kalau cikgu masuk dalam menu “Daftar Mata Pelajaran” cuma di sini ada tambahan pilihan untuk “Bulan”…ini untuk membolehkan cikgu memilih bulan mana cikgu mahu masukkan prestasi murid-murid…
kotak ni akan muncul kalau cikgu terlupa nak pilih “Bulan” tapi dah tekan butang “Cari”…cikgu tekan butang “OK” tu dan pilih bulan untuk masukkan prestasi murid-murid baru lah cikgu tekan butang “Cari” tu…
 
 
Langkah 3 = cikgu akan masuk ke kelas, matapelajaran dan bulan yang cikgu pilih…
nama murid pertama dalam senarai kelas akan dipaparkan beserta dengan senarai penuh evidens untuk matapelajaran yang cikgu pilih, dari band 1 hinggalah ke band 6…di sini adalah contoh paparan bagi pendidikan sivik tingkatan 1…
bila cikgu halakan cursor tetikus cikgu ke setiap kod evidens, cikgu boleh mendapatkan info berkaitan deskriptor dan evidens bagi kod evidens yang cikgu pilih…
 
 Langkah 4 = sekarang masa untuk cikgu pilih evidens mana yang murid-murid telah lengkapkan untuk bulan tersebut, dalam contoh ni bulan januari..
kata lah pada bulan januari murid-murid telah melengkapkan B1D1E1 dan B2D1E1…jadi, cikgu klik pada  kotak “Prestasi Keseluruhan” bagi B1D1E1 dan B2D1E1, dan cikgu klik sekali pada butang “Simpan”..
kotak ni akan keluar lepas cikgu klik pada butang “Simpan”…sistem SPPBS mahukan kepastian cikgu pasal lepas cikgu klik butang “OK”, cikgu dah tak boleh buat apa-apa perubahan lagi…cikgu pun klik “OK”..
B1D1E1 dan B2D1E1 yang cikgu dah pilih tadi akan di “block” dan telah termaktub di sistem SPPBS sebagai prestasi murid-murid untuk bulan januari…
 
Langkah 5 = cikgu klik sekali pada butang “Rekod Selepas” dan cikgu dibawa ke murid kedua dalam senarai kelas dipilih… 
cikgu ulang balik Langkah 4 untuk semua murid-murid kelas dipilih..
 
kalau cikgu mengajar matapelajaran yang sama untuk beberapa kelas, cikgu boleh pilih “Kelas”  cikgu yang lain di Langkah 3 dan klik butang “Cari” ,dan ulang Langkah 4 untuk kelas-kelas cikgu yang seterusnya…
 
Mudahnye SPPBS…
 
 
 
 
 
 
4 Comments

Posted by on 5 July 2012 in Panduan SPPBS

 

Tags: , , , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 165 other followers