RSS

Tag Archives: pbs sivik

PBS Sivik Tingkatan 2

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu!

Akhirnya sudah sampai ke minggu terakhir sesi persekolahan tahun 2012..minggulah ni masanya untuk siapkan kerja-kerja terakhir untuk tahun 2012 kalau tak nak kena panggil balik sekolah siapkan kerja masa cuti nanti..saya rasa masa ni pasti ramai cikgu-cikgu yang sedang termenung di depan skrin laptop masing-masing, menunggu simbol “loading” yang bulat berpusing-pusing tak henti-henti untuk hilang dan dapat masukkan data SPPBS yang seterusnya…diharap cikgu jangan berputus dan teruskan berusaha..
 
Di bahagian selatan tanahair, kursus-kursus PBS untuk tingkatan 2 sedang giat dijalankan…saya tak terlibat dengan PBS tingkatan 2, tapi isteri saya terlibat dan telah selesai kursus minggu lepas…di Selangor, kursus-kursus PBS untuk tingkatan 2 telah dijalankan sebelum cuti hari raya haji lagi, seperti yang telah diberitahu oleh rakan guru di sana..kenapa belah sini lambat, pun tak diketahui sebabnya..dan bagi guru-guru yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab menguruskan PBS untuk tingkatan 2, pasti mereka sudah pun menerima dokumen standard prestasi untuk tingkatan 2, panduan penting untuk menghasilkan eviden-eviden untuk kegunaan PBS…
 
Tapi, kalau cikgu melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, cikgu takkan nampak pautan untuk muat turun DSP untuk tingkatan 2…ini kerana, saya diberitahu oleh isteri saya, DSP yang diedarkan ni masih lagi dalam bentuk draf dan mungkin akan ada perubahan, menurut JU yang mengendalikan kursus-kursus PBS nih..tapi cikgu, skrip ni pun sama jugak macam tahun lepas isteri saya gunakan masa dia jadi JU untuk PBS sivik tingkatan 1, tapi takde pun perubahan nye, sama je…untuk cikgu-cikgu yang nak dapatkan draf DSP untuk pendidikan sivik tingkatan 2, cikgu dah boleh dapatkan di ruangan MUAT TURUN untuk tatapan cikgu-cikgu..
 
Dengan adanye DSP ni, maknanye saya dah bole start untuk hasilkan bahan untuk buku BAND UP! tingkatan 2..saya akan mula kerja “perah otak” bila start je cuti hujung minggu pasal sekarang masih lagi tengah siapkan kerja-kerja terakhir sekolah…hasil daripada ‘feedback’ yang saya terima dari cikgu-cikgu, saya akan melakukan penambahbaikan kepada buku BAND UP! pendidikan sivik tingkatan 1 yang akan juga diterapkan pada penghasilan buku BAND UP! tingkatan 2…diharap cikgu-cikgu masih tetap memberikan sokongan padu pada saya dalam menghasilkan buku BAND UP!..
 
About these ads
 
20 Comments

Posted by on 6 November 2012 in Buku Evidens PBS, Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , ,

PBS Sivik Yang Santai.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

sudah agak lama tak update blog, jadi saya ambil kesempatan ni untuk cerita apa yang telah berlaku di sepanjang masa tak update blog yang ade kaitan dengan PBS sivik..
 
PBS sivik yang santai? iye cikgu…paling tidak pun untuk diri saya la, dan saya harap untuk cikgu-cikgu yang telah mem ‘Band Up!’ diri masing-masing dengan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 :) …walaupun dalam menu Sekolah Band Up! cuma beberapa buah sekolah je yang jadi Sekolah Band Up!, tapi ade jugak cikgu-cikgu yang mendapatkan buku Band Up! untuk kelas-kelas yang mereka ajar..saya harap cikgu-cikgu ini juga dapat melaksanakan PBS sivik di kelas masing-masing dengan santai..
 
bagi saya santai kerana saya hanya perlu mengulangi rutin di sekolah seperti biasa, sama seperti masa PBS belum dilaksanakan lagi…masuk kelas dengan membawa buku Band Up!, mulakan dengan PnP seperti biasa dan kemudian luangkan beberapa minit untuk sesi PBS dengan menggunakan buku Band Up!, atau saya boleh mula dulu dengan sesi PBS dan sambung dengan PnP, tengok pada kesesuaian evidens yang akan saya buat dengan murid-murid…balik bilik guru, kalau xde PnP saya dah boleh terus semak evidens kerana proses penyemakan adalah mudah dan pantas (hanya untuk band 1 hingga 3, band 4 dan ke atas rumit sikit) dan terus berikan skor..lepas tu saya dah boleh terus tandakan pada Rekod Transit PBS sivik dan masukkan skor dalam Helaian Rekod Fail Perkembangan Murid serta masukkan data-data lain…dan kalau saya meningkatkan kepantasan dan kecekapan saya, saya dah boleh masukkan ‘markah’ dalam SPPBS, itu pun kalau sistem SPPBS pantas jugak seperti saya :) …semuanya dapat disiapkan sebelum cikgu masuk kelas untuk PnP seterusnya…
 
Ermm…nampak macam tak santai pulak eh…macam sibuk la sangat pulak…
 
maksud saya cikgu, PBS sivik dan tak sekabur, serumit, se’kelam-kabut seperti masa mula-mula dulu…kalau cikgu gunakan buku Band Up! ni…bunyi macam nak promote buku cikgu, tapi hakikatnye memang ia akan memudahkan kerja cikgu-cikgu…kerja PBS cikgu akan nampak kemas, tersusun dan akan mengundang cemburu dari cikgu-cikgu PBS yang ajar subjek lain (saya dah rasa la, cikgu lain saya tak tau)…dan saya juga amat berharap cikgu-cikgu yang dah dapatkan buku Band Up! tu, kongsi-kongsi la benda baik ni dengan cikgu-cikgu lain terutamanya yang sama-sama kena buat PBS sivik…jangan le sorang-sorang je yang santai, yang lain tu biar dia orang kelam kabut…kongsi tu maksud saya ajak cikgu tu pun beli buku Band Up! ye cikgu, bukan ajak fotostat ramai-ramai :) ..alah cikgu ni buat-buat tak tau pulak..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ps1: kelas saya semua murid-muridnye hardcore cikgu, jadi saya cuma dapat buat dengan mereka paling tinggi pun sampai band 3 je…itupun saya kena pilih-pilih evidens band 3 yang agak-agak murid-murid saya boleh lengkapkan dan siap dengan baik…nak suruh mereka tiru kawan untuk siapkan pun punya la susah (kelas hujung sekali)…jadi saya sebenarnye kempunan la nak tengok ada murid-murid saya yang boleh lengkapkan band 4 dan ke atas yang mana saya sendiri dah hasilkan dengan sebaik mungkin mengikut kehendak dokumen standard tu…jadi, saya tak dapat le nak tunjukkan contoh kat blog ni hasil kerja murid-murid saya untuk evidens band 4 dan ke atas…
 
ps2: kalau ada cikgu-cikgu Band Up! yang dah ada lengkapkan evidens band 4 dan ke atas boleh tak kalau emelkan saya gambar, scan, buku-buku skrap yang murid-murid dah buat…saya boleh letakkan di blog ni sebagai contoh murid-murid yang dah berjaya lengkapkan evidens-evidens tersebut…kerjasama cikgu-cikgu amatlah saya hargai..
 
 
 

Tags: , , , ,

Minggu Yang Sibuk Dan Mencabar.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

minta maaf la cikgu-cikgu semua pasal lama tak update blog ni…tapi cikgu-cikgu jangan risau, saya masih giat mengedarkan buku Band Up! kepada cikgu-cikgu yang berminat di seluruh Malaysia…setakat ni boleh katakan buku ni dah pergi ke seluruh Malaysia kecuali beberapa negeri iaitu Melaka (jiran sebelah je), Terengganu dan Perlis…terima kasih kepada cikgu-cikgu dan sekolah-sekolah yang telah mendapatkan buku Band Up! dan diharap ia dapat melancarkan PBS sivik cikgu-cikgu dan sekolah-sekolah yang berkenaan..
  
seperti cikgu-cikgu lain, saya pun baru mulakan PBS sivik di sekolah saya dengan menggunakan buku Band Up!..saya mengajar 3 kelas sivik tingkatan 1 (semua kelas tingkatan 1 di sesi petang sekolah saya), jadi PBS sivik di sekolah saya, sayalah yang bolot semua…di sesi pagi ada 2 kelas dan 2 kelas tersebut diajar oleh seorang guru sesi pagi..semuanya 2 orang cikgu je untuk PBS sivik di sekolah saya…
 
 
 sekarang ni tengah sibuk menanda evidens dalam buku Band Up!…saya nak mengucapkan terima kasih kepada diri saya sendiri kerana telah menghasilkan buku ni…pasal buku ni memang memudahkan kerja PBS sivik saya…bayangkan cikgu, 1 evidens band 1 dan 2 evidens band 2 dapat selesai ditanda dalam masa lebih kurang setengah jam untuk 2 kelas…untuk pengetahuan cikgu, saya pun terlibat dengan PBS matematik…1 evidens band 1 untuk satu kelas dah seminggu tak siap tanda lagi, dan murid-murid kena betul semua baru lepas, kalau tak kena bagi satu lagi evidens band sama tapi mudah sikit…susah la…
 
minggu ni jugak ada macam-macam kerja yang datang dan buatkan sangat sibuk dan mencabar…selain PBS sivik dan matematik, saya juga terlibat dengan PBS segak untuk pendidikan jasmani…saya tak mengajar pendidikan jasmani, tapi data segak ni perlu dimasukkan oleh guru kelas, jadi saya kena buat la…siapa yang kena buat segak ni, tau la betapa leceh nye nak masukkan data segak ke sistem SPPBS ni…kalau masuk markah ke SAPS tu susah, segak ni susah dia SAPS x5…lepas tu sekolah saya baru lepas buat Ujian Setara untuk semua tingkatan, tingkatan 1 pun kena jugak…PBS lagi, ujian lagi…nak kena tanda evidens PBS lagi, nak kena tanda kertas ujian lagi…dan yang terbaru, kena buat kajian tindakan pulak dah…1 Guru, 1 Kajian Tindakan…4 hb 8 ni nak kena hantar…mengada-ngada la…
 
internet kat rumah plak tak berapa mantap, tu yang susah nak update blog tu cikgu…
 
ps: sapa-sapa cikgu yang ada kajian tindakan untuk sivik, matematik atau sains…boleh pinjam :) ?
 
 
10 Comments

Posted by on 24 July 2012 in Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , ,

SPPBS Pendidikan Sivik Tingkatan 1.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

sekarang mesti ramai cikgu-cikgu yang tengah sibuk masukkan “markah” ke dalam SPPBS…lebih-lebih bila ada yang dibagitau dateline untuk masukkan “markah” ke dalam SPPBS ialah 30 Julai ni…ramai cikgu-cikgu yang terdesak…jangan risau cikgu…masalah SPPBS telah selesai, bagi pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 1…mari kita ramai-ramai serbu SPPBS…
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sebelum tu pastikan cikgu-cikgu dah daftar kelas pendidikan sivik cikgu kat dalam SPPBS…kalau belum daftar lagi, cikgu boleh merujuk entri mendaftar kelas dalam sistem SPPBS
 
lepas dah daftarkan kelas, barulah kita boleh masukkan “markah” ke dalam SPPBS…cara nak masukkan “markah” ke dalam sistem SPPBS, cikgu boleh rujuk entri masukkan “markah” ke dalam sistem SPPBS..
 
macam mana nak masukkan “markah” kalau buku evidens pun belum sampai lagi?…
minta maaf lah cikgu, disebabkan oleh masalah yang di luar kawalan saya, buku Band Up! lambat sampai kat cikgu..tapi saya akan berusaha memudahkan kerja PBS cikgu-cikgu kerana cikgu-cikgu sanggup tunggu buku saya…jadi, ini adalah usaha yang dapat saya lakukan untuk cikgu-cikgu…
 
saya telah merujuk kepada takwim sekolah saya dan memadankan dengan jumlah evidens yang terdapat dalam PBS pendidikan sivik…dengan menggunakan matematik, dalam satu minggu, kita masuk  kelas sekali (2 masa), tiada lagi peperiksaan untuk tingkatan 1 dan cuti sekolah, saya telah meng “adjust” kan bulan-bulan sepanjang sesi persekolahan tahun 2012 dengan evidens-evidens untuk pendidikan sivik tingkatan 1..jadi, cikgu boleh gunakan panduan ini untuk masukkan “markah” dalam sistem SPPBS sementara tunggu buku Band Up! sampai minggu depan, InsyaAllah…
 
Panduan Band 1
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 2
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 3
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 4
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panduan Band 6
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
saya harap panduan ini dapat membantu dan memudahkan kerja memasukkan “markah” PBS ke dalam sistem SPPBS cikgu-cikgu…jom serbu SPPBS…
 
 

Tags: , , , , ,

Masalah Dengan Pencetak (The End).

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

saya telah menghadapi masalah dengan pencetak untuk buku Band Up sivik dan cerita terperinci boleh di baca di sini…nampak gaya pencetak ni memang betul-betul bermasalah dengan mereka telah membuatkan saya betul-betul berserabut dan kelam-kabut pada 2 hari lepas…Jadi, hari sabtu lepas saya telah tukar pencetak lain, pencetak dari melaka dan saya telah pergi ke pejabat dan kilang pencetak tersebut dan terus berurusan dengan tuan punya syarikat pencetak..Percetakan Hamid Bersaudara dari Taman Peringgit Jaya, Melaka…walaupun nama syarikat tak glamour tapi mereka jujur dan sedia membantu… 
 
jadi, saya dan cikgu-cikgu yang dah tempah dan yang akan tempah, kita semua kena tunggu lagi seminggu…iaitu pada 17 hb Julai, hari Selasa sampai pada saya..jadi cikgu-cikgu yang dah dan akan tempah akan dapat pada seawalnya pada 18 hb Julai, iaitu hari Rabu..
 
apa yang telah berlaku?…Begini kisahnyer……..
 
saya telah dijanjikan oleh pencetak bermasalah buku siap pada 10 Julai…tp, sy ade merayu skit la kalau boleh cepat la sket pasal semua cikgu-cikgu dah tunggu buku ni…so, selang beberapa hari isteri saya follow up dan ejen pencetak tu cakap sampai 7 Julai…isteri saya siap tanya confirm ke? nanti kata kena tangguh lagi macam hari lepas..ejen tu cakap confirm pasal dia dah check kat sistem dia, tunjuk delivery on 7 July…kalau camtu best la pasal dapat awal sket…saya pun ape lagi, mengkhabarkan la berita ni kat cikgu-cikgu yang dah tempah..
 
malam jumaat lepas, balik dari sekolah saya dapat call dari pejabat pencetak ni bgtau bahan yang saya hantar untuk cetak ada masalah…..haaa??! saya bagitau dia ape citer sebenar sampai dia tergagap, dia bagitau nanti dia call balik…tak call pun…saya call ejen dia, rupanye dia pun tengah kelam kabut…ejen tu pun ingat dah nak delivery tapi bila check sistem dia balik, pending rupanyer…7 Julai esok, tapi buku tak cetak lagi…saya geram la, saya call HQ dia, tak angkat, call semua nombor telefon yang ada kaitan dengan pencetak ni, pun tak angkat…ah sudah, kena tipu ker…saya call ejen tu balik, dia pun call bos dia bos dia tak angkat…seriusnye masalah pencetak ni..
 
ejen ni pun rasa bersalah dia bagitau saya dia akan carikan pencetak lain untuk saya yang boleh siapkan cepat…dia kata dia akan tambah duit dia kalau ada penambahan kos…sy pun ok je la…jadi, hari jumaat tu dia bagitau saya dia dah jumpa pencetak lain dan bagitau dia boleh siapkan cepat, hari Rabu depan 11 Julai boleh siap…fuh lega betul, masa tu la…saya pun tanya dia ada penambahan kos tak? dia kata ada pasal tu la boleh siap cepat…saya tanya satu buku berapa dia ambil?…RM5.80….
Haaaa??!! saya jual satu buku RM5, jadi saya rugi 80 sen setiap buku saya jual…kalau 1000 naskah, dah RM800 saya rugi…saya nak tergelak pun ade, nak marah pun ade bila dia jawab dengan selamba nye…”takpe cikgu, awal-awal ni kita rugi takpe pasal kita nak cepat kan..nanti tahun depan bila dah settle, kita boleh fikirkan untung pulak”…nasib baik la dia cakap kat telefon, kalau tak dah kena rotan dan ejen nih..
 
tak boleh jadi…hari jumaat tu, saya pun ada call beberapa pencetak…tanya boleh tak siapkan cepat…takde, semua kena ambil masa 7 – 10 hari dan harga semuanye lebih mahal daripada pencetak masalah ni..ada satu pencetak tu, nak ambil RM10 untuk satu buku, bukan cetak digital pun, cetak biasa jer (pencetak ni boleh hidup pasal dia dapat tender cetak buku-buku untuk klinik2 kerajaan kat area muar)…tak dapat kat muar, saya pergi dekat sikit ngan saya, kat melaka…pada lebih kurang pukul 12.00 malam tu jumpa la Percetakan Hamid Bersaudara ni, itu pun pakai Mudah.my jer…saya call nama dia bagi kat mudah.my tu…cerita sket pasal masalah saya, saya cakap saya nak datang sekarang jumpa dia boleh tak? dia kata ok….masa tu dah nak dekat pukul 1..malam tu, saya ngan isteri saya pegi melaka…
 
tak pernah pegi taman peringgit jaya, saya pakai gps…laa, rupannye dekat je ngan jaya jusco, melaka sentral, tesco…selalu pegi sini tapi tak tau plak taman peringgit jaya dekat jer…jumpa ngan Encik Hamid, tuan punya…yang saya call td anak dia Hafiz, dia ingat saya nak datang esok, tu yang dia ok jer..Hafiz ni siap kejut lagi ayah dia bangun tido cakap saya nak jumpa…bagus betul la..jadi, saya story la masalah saya dan dia sanggup tolong, bagi harga yang sama, kualiti yang sama macam pencetak masalah…tp, masa siap masih lagi standard 7 – 10 hari…alamak, kena tunggu satu minggu lagi la nampaknye…saya pun on lah..
 
sampai rumah nak dekat pukul 2.30…isteri saya cepat tido, saya plak susah nak tido..pasal esok pagi sabtu ade senamrobik ngan mesyuarat pbs kat sekolah…senamrobik utk cikgu-cikgu, training untuk senamrobik 10 Julai..
 
masalah pencetak….The End..
 
 
Leave a comment

Posted by on 8 July 2012 in Buku Evidens PBS

 

Tags: , , ,

Mudahnye SPPBS – Panduan 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

bila cikgu dah daftarkan kelas dan matapelajaran cikgu, inilah masanye cikgu kena masukkan “markah” pbs sivik cikgu ke dalam sistem SPPBS…mudahnye sistem SPPBS ni, dia tak macam sistem SAPS di mana cikgu kena masukkan markah dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan, kalau tidak cikgu akan dapat “warning” dari SU peperiksaan/pengetua….sistem SPPBS dibuka sepanjang sesi persekolahan dan cikgu boleh masukkan markah untuk bulan-bulan yang telah lepas, malah bulan-bulan yang akan datang pun boleh…cikgu bukan masukkan markah pun, cuma “tick” pada evidens-evidens yang sudah dilengkapkan murid-murid, itu saje…
 
Langkah 1 = untuk masukkan “markah”, cikgu login dan masuk ke laman utama…
inilah adalah laman utama dan di bahagian kiri terdapat beberapa baris menu untuk kegunaan cikgu..
 
Langkah 2 = cikgu klik sekali pada menu “Kemasukan Prestasi” dan cikgu akan dibawa ke sini…
paparan “Kemasukan Prestasi” lebih kurang sama macam kalau cikgu masuk dalam menu “Daftar Mata Pelajaran” cuma di sini ada tambahan pilihan untuk “Bulan”…ini untuk membolehkan cikgu memilih bulan mana cikgu mahu masukkan prestasi murid-murid…
kotak ni akan muncul kalau cikgu terlupa nak pilih “Bulan” tapi dah tekan butang “Cari”…cikgu tekan butang “OK” tu dan pilih bulan untuk masukkan prestasi murid-murid baru lah cikgu tekan butang “Cari” tu…
 
 
Langkah 3 = cikgu akan masuk ke kelas, matapelajaran dan bulan yang cikgu pilih…
nama murid pertama dalam senarai kelas akan dipaparkan beserta dengan senarai penuh evidens untuk matapelajaran yang cikgu pilih, dari band 1 hinggalah ke band 6…di sini adalah contoh paparan bagi pendidikan sivik tingkatan 1…
bila cikgu halakan cursor tetikus cikgu ke setiap kod evidens, cikgu boleh mendapatkan info berkaitan deskriptor dan evidens bagi kod evidens yang cikgu pilih…
 
 Langkah 4 = sekarang masa untuk cikgu pilih evidens mana yang murid-murid telah lengkapkan untuk bulan tersebut, dalam contoh ni bulan januari..
kata lah pada bulan januari murid-murid telah melengkapkan B1D1E1 dan B2D1E1…jadi, cikgu klik pada  kotak “Prestasi Keseluruhan” bagi B1D1E1 dan B2D1E1, dan cikgu klik sekali pada butang “Simpan”..
kotak ni akan keluar lepas cikgu klik pada butang “Simpan”…sistem SPPBS mahukan kepastian cikgu pasal lepas cikgu klik butang “OK”, cikgu dah tak boleh buat apa-apa perubahan lagi…cikgu pun klik “OK”..
B1D1E1 dan B2D1E1 yang cikgu dah pilih tadi akan di “block” dan telah termaktub di sistem SPPBS sebagai prestasi murid-murid untuk bulan januari…
 
Langkah 5 = cikgu klik sekali pada butang “Rekod Selepas” dan cikgu dibawa ke murid kedua dalam senarai kelas dipilih… 
cikgu ulang balik Langkah 4 untuk semua murid-murid kelas dipilih..
 
kalau cikgu mengajar matapelajaran yang sama untuk beberapa kelas, cikgu boleh pilih “Kelas”  cikgu yang lain di Langkah 3 dan klik butang “Cari” ,dan ulang Langkah 4 untuk kelas-kelas cikgu yang seterusnya…
 
Mudahnye SPPBS…
 
 
 
 
 
 
4 Comments

Posted by on 5 July 2012 in Panduan SPPBS

 

Tags: , , , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 165 other followers