Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu!
Buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 edisi baru sudah siap dan sudah boleh diedarkan kepada sekolah-sekolah yang telah order.. Buku Tingkatan 2 tak siap lagi…tak tau la bila boleh siap, idea untuk evidens tak muncul-muncul…Tag Archives: pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Cikgu, Masa Dah Nak ‘Time’…
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu…
selamat bulan oktober kepada cikgu-cikgu sekalian…sesi persekolahan 2012 sudah semakin hampir ke penghujung dan masa untuk cikgu-cikgu nak buat PBS pun dah nak ‘time’ dah…seafdalnye cikgu-cikgu sudah nak tamat selesaikan evidens-evidens untuk budak-budak dan tinggal nak update fail perkembangan murid dan jugak SPPBS…tapi, cikgu-cikgu yang masih banyak lagi yang belum siap, diharap dapatla meningkatkan usaha supaya dapat disiapkan jugak tahun ni…bukan ape, takut jadi macam KSSR, PBS untuk sekolah rendah, tahun lepas tak siap, kena sambung siapkan tahun ni…jadi kalau cikgu-cikgu tak siapkan tahun ni, takut kena sambung tahun depan plak…tahun depan kena buat untuk 2013 plak, ade untuk tingkatan 2 plak..banyak keje cikgu…kepada yang langsung tak buat ape-ape lagi, banyak-banyak la solat taubat dan solat hajat ye cikguBuku Evidens PBS Matapelajaran Lain.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!
dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang ke 19…raya sebulan cikgu, psl kita puasa ramadhan sebulan..kat kawasan selatan rumah terbuka still on lagi, geng-geng marhaban pun tengah rancakPBS Sivik Yang Santai.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!
sudah agak lama tak update blog, jadi saya ambil kesempatan ni untuk cerita apa yang telah berlaku di sepanjang masa tak update blog yang ade kaitan dengan PBS sivik.. PBS sivik yang santai? iye cikgu…paling tidak pun untuk diri saya la, dan saya harap untuk cikgu-cikgu yang telah mem ‘Band Up!’ diri masing-masing dengan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1
ps1: kelas saya semua murid-muridnye hardcore cikgu, jadi saya cuma dapat buat dengan mereka paling tinggi pun sampai band 3 je…itupun saya kena pilih-pilih evidens band 3 yang agak-agak murid-murid saya boleh lengkapkan dan siap dengan baik…nak suruh mereka tiru kawan untuk siapkan pun punya la susah (kelas hujung sekali)…jadi saya sebenarnye kempunan la nak tengok ada murid-murid saya yang boleh lengkapkan band 4 dan ke atas yang mana saya sendiri dah hasilkan dengan sebaik mungkin mengikut kehendak dokumen standard tu…jadi, saya tak dapat le nak tunjukkan contoh kat blog ni hasil kerja murid-murid saya untuk evidens band 4 dan ke atas…
ps2: kalau ada cikgu-cikgu Band Up! yang dah ada lengkapkan evidens band 4 dan ke atas boleh tak kalau emelkan saya gambar, scan, buku-buku skrap yang murid-murid dah buat…saya boleh letakkan di blog ni sebagai contoh murid-murid yang dah berjaya lengkapkan evidens-evidens tersebut…kerjasama cikgu-cikgu amatlah saya hargai..
Panduan Jawapan Buku Band Up!
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!
ada cikgu yang dah dapatkan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 bertanya kepada saya tentang skema jawapan untuk buku ni…sebenarnya kalau ada pun skema jawapan, saya rasa kat skema tu akan sebut “terima jawapan yang sesuai dari murid”…jadi boleh dikatakan buku ni tiada skema jawapan, tapi saya boleh berikan panduan jawapan di mana cikgu-cikgu boleh rujuk pada buku teks di mana jawapan-jawapan boleh diperolehi kerana saya menghasilkan evidens-evidens di dalam buku ni dengan berpandukan kepada buku teks dan dokumen standard prestasi saja.. Namun demikian, tak banyak evidens yang memerlukan murid merujuk kepada buku teks untuk mendapatkan jawapan kerana pendidikan sivik bukan mengajar fakta macam matapelajaran sains, sejarah, matematik, tapi mengajar cara yang terbaik untuk murid membawa diri dalam masyarakat sekeliling…tapi di sini saya akan tunjukkan kepada cikgu-cikgu evidens mana yang perlukan murid-murid rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan… UNIT 6 = Cerita Rakyat Pelbagai Kaum B1D4E1 : murid dikehendaki menyatakan jenis-jenis cerita rakyat pelbagai kaum… jenis-jenis cerita rakyat seperti yang dikehendaki oleh buku teks boleh didapati pada teks perbualan di mukasurat 70 dan 71 dalam buku teks. B2D5E1 : murid dikehendaki memberikan contoh-contoh cerita rakyat pelbagai kaum…dalam buku teks sudah diberikan satu contoh untuk setiap kaum…namun murid dikehendaki memberikan yang selain daripada yang sudah diberikan dalam buku teks…cikgu boleh bawa murid-murid ke perpustakaan dan untuk selesaikan evidens ni, murid-murid boleh mencari buku-buku cerita rakyat di perpustakaan… saya cadangkan cikgu-cikgu masa hendaklah selesaikan evidens untuk unit 6 ni, cikgu bawak murid-murid pergi perpustakaan…jadi, murid-murid boleh dapatkan jawapan dari buku-buku cerita rakyat yang terdapat di perpustakaan…pasal nanti ada evidens yang murid kena buat sinopsis cerita rakyat, cari pengajaran dari cerita rakyat dan kena buat buku skrap untuk cerita rakyat… UNIT 7 = Kerajaan Demokrasi B2D6E1 : murid kena terangkan maksud demokrasi dengan cara melengkapkan peta minda…jawapan untuk evidens ini boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86. B2D6E2 : murid kena senaraikan prinsip-prinsip kerajaan demokrasi…jawapan untuk evidens ini juga boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86.. UNIT 8 = Kesinambungan Kesejahteraan Rakyat B1D6E1 : murid kena nyatakan jenis cabaran kesinambungan kesejahteraan rakyat…jawapan untuk evidens boleh didapati pada teks ucapan di dalam buku teks di mukasurat 94 dan 95… B2D7E1 : evidens ni merujuk kepada aktiviti 8B mukasurat 98 dalam buku teks…senaraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat sejahtera…tapi ada 4 ciri jer…jadi saya buat murid kena bagi apa yang dimaksudkan dengan setiap ciri tu…terima je lah jawapan yang sesuai dari murid-murid… ————————————————————————————————————————————————- itu jer cikgu, evidens yang kena rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan…yang lain-lain semuanya sama ada jawapan dari murid-murid atau murid kena hasilkan buku skrap, aktiviti berkumpulan dan aktiviti luar…ini saya rasa akan lebih memudahkan cikgu-cikgu terutamanya bila nak semak evidens-evidens yang telah murid-murid lengkapkan… di bawah ni saya sertakan contoh evidens yang telah dilengkapkan salah seorang murid saya…murid ni datang dari kelas murid-murid yang hardcore…contohnya evidens lengkapkan biodata diri tu, no kp dia tak tau, jantina dia tak tau, bangsa pun dia tak tau, cita-cita lagi la tak tau…tapi saya terangkan kat dia tiap-tiap satu barulah dia faham ape benda tiap-tiap satu tu…dan dia boleh jawab dengan baik, mengikut kefahaman dia

jadi, saya rasa kalau murid-murid yang lebih terampil, takkan ada masalah untuk lengkapkan evidens
hingga ke band 3 dan seterusnya…



