Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!
dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang ke 19…raya sebulan cikgu, psl kita puasa ramadhan sebulan..kat kawasan selatan rumah terbuka still on lagi, geng-geng marhaban pun tengah rancakTag Archives: pentaksiran berasaskan sekolah
Buku Evidens PBS Matapelajaran Lain.
PBS Sivik Yang Santai.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!
sudah agak lama tak update blog, jadi saya ambil kesempatan ni untuk cerita apa yang telah berlaku di sepanjang masa tak update blog yang ade kaitan dengan PBS sivik.. PBS sivik yang santai? iye cikgu…paling tidak pun untuk diri saya la, dan saya harap untuk cikgu-cikgu yang telah mem ‘Band Up!’ diri masing-masing dengan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1
ps1: kelas saya semua murid-muridnye hardcore cikgu, jadi saya cuma dapat buat dengan mereka paling tinggi pun sampai band 3 je…itupun saya kena pilih-pilih evidens band 3 yang agak-agak murid-murid saya boleh lengkapkan dan siap dengan baik…nak suruh mereka tiru kawan untuk siapkan pun punya la susah (kelas hujung sekali)…jadi saya sebenarnye kempunan la nak tengok ada murid-murid saya yang boleh lengkapkan band 4 dan ke atas yang mana saya sendiri dah hasilkan dengan sebaik mungkin mengikut kehendak dokumen standard tu…jadi, saya tak dapat le nak tunjukkan contoh kat blog ni hasil kerja murid-murid saya untuk evidens band 4 dan ke atas…
ps2: kalau ada cikgu-cikgu Band Up! yang dah ada lengkapkan evidens band 4 dan ke atas boleh tak kalau emelkan saya gambar, scan, buku-buku skrap yang murid-murid dah buat…saya boleh letakkan di blog ni sebagai contoh murid-murid yang dah berjaya lengkapkan evidens-evidens tersebut…kerjasama cikgu-cikgu amatlah saya hargai..
Panduan Jawapan Buku Band Up!
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!
ada cikgu yang dah dapatkan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 bertanya kepada saya tentang skema jawapan untuk buku ni…sebenarnya kalau ada pun skema jawapan, saya rasa kat skema tu akan sebut “terima jawapan yang sesuai dari murid”…jadi boleh dikatakan buku ni tiada skema jawapan, tapi saya boleh berikan panduan jawapan di mana cikgu-cikgu boleh rujuk pada buku teks di mana jawapan-jawapan boleh diperolehi kerana saya menghasilkan evidens-evidens di dalam buku ni dengan berpandukan kepada buku teks dan dokumen standard prestasi saja.. Namun demikian, tak banyak evidens yang memerlukan murid merujuk kepada buku teks untuk mendapatkan jawapan kerana pendidikan sivik bukan mengajar fakta macam matapelajaran sains, sejarah, matematik, tapi mengajar cara yang terbaik untuk murid membawa diri dalam masyarakat sekeliling…tapi di sini saya akan tunjukkan kepada cikgu-cikgu evidens mana yang perlukan murid-murid rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan… UNIT 6 = Cerita Rakyat Pelbagai Kaum B1D4E1 : murid dikehendaki menyatakan jenis-jenis cerita rakyat pelbagai kaum… jenis-jenis cerita rakyat seperti yang dikehendaki oleh buku teks boleh didapati pada teks perbualan di mukasurat 70 dan 71 dalam buku teks. B2D5E1 : murid dikehendaki memberikan contoh-contoh cerita rakyat pelbagai kaum…dalam buku teks sudah diberikan satu contoh untuk setiap kaum…namun murid dikehendaki memberikan yang selain daripada yang sudah diberikan dalam buku teks…cikgu boleh bawa murid-murid ke perpustakaan dan untuk selesaikan evidens ni, murid-murid boleh mencari buku-buku cerita rakyat di perpustakaan… saya cadangkan cikgu-cikgu masa hendaklah selesaikan evidens untuk unit 6 ni, cikgu bawak murid-murid pergi perpustakaan…jadi, murid-murid boleh dapatkan jawapan dari buku-buku cerita rakyat yang terdapat di perpustakaan…pasal nanti ada evidens yang murid kena buat sinopsis cerita rakyat, cari pengajaran dari cerita rakyat dan kena buat buku skrap untuk cerita rakyat… UNIT 7 = Kerajaan Demokrasi B2D6E1 : murid kena terangkan maksud demokrasi dengan cara melengkapkan peta minda…jawapan untuk evidens ini boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86. B2D6E2 : murid kena senaraikan prinsip-prinsip kerajaan demokrasi…jawapan untuk evidens ini juga boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86.. UNIT 8 = Kesinambungan Kesejahteraan Rakyat B1D6E1 : murid kena nyatakan jenis cabaran kesinambungan kesejahteraan rakyat…jawapan untuk evidens boleh didapati pada teks ucapan di dalam buku teks di mukasurat 94 dan 95… B2D7E1 : evidens ni merujuk kepada aktiviti 8B mukasurat 98 dalam buku teks…senaraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat sejahtera…tapi ada 4 ciri jer…jadi saya buat murid kena bagi apa yang dimaksudkan dengan setiap ciri tu…terima je lah jawapan yang sesuai dari murid-murid… ————————————————————————————————————————————————- itu jer cikgu, evidens yang kena rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan…yang lain-lain semuanya sama ada jawapan dari murid-murid atau murid kena hasilkan buku skrap, aktiviti berkumpulan dan aktiviti luar…ini saya rasa akan lebih memudahkan cikgu-cikgu terutamanya bila nak semak evidens-evidens yang telah murid-murid lengkapkan… di bawah ni saya sertakan contoh evidens yang telah dilengkapkan salah seorang murid saya…murid ni datang dari kelas murid-murid yang hardcore…contohnya evidens lengkapkan biodata diri tu, no kp dia tak tau, jantina dia tak tau, bangsa pun dia tak tau, cita-cita lagi la tak tau…tapi saya terangkan kat dia tiap-tiap satu barulah dia faham ape benda tiap-tiap satu tu…dan dia boleh jawab dengan baik, mengikut kefahaman dia

jadi, saya rasa kalau murid-murid yang lebih terampil, takkan ada masalah untuk lengkapkan evidens
hingga ke band 3 dan seterusnya…
Minggu Yang Sibuk Dan Mencabar.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!
minta maaf la cikgu-cikgu semua pasal lama tak update blog ni…tapi cikgu-cikgu jangan risau, saya masih giat mengedarkan buku Band Up! kepada cikgu-cikgu yang berminat di seluruh Malaysia…setakat ni boleh katakan buku ni dah pergi ke seluruh Malaysia kecuali beberapa negeri iaitu Melaka (jiran sebelah je), Terengganu dan Perlis…terima kasih kepada cikgu-cikgu dan sekolah-sekolah yang telah mendapatkan buku Band Up! dan diharap ia dapat melancarkan PBS sivik cikgu-cikgu dan sekolah-sekolah yang berkenaan.. seperti cikgu-cikgu lain, saya pun baru mulakan PBS sivik di sekolah saya dengan menggunakan buku Band Up!..saya mengajar 3 kelas sivik tingkatan 1 (semua kelas tingkatan 1 di sesi petang sekolah saya), jadi PBS sivik di sekolah saya, sayalah yang bolot semua…di sesi pagi ada 2 kelas dan 2 kelas tersebut diajar oleh seorang guru sesi pagi..semuanya 2 orang cikgu je untuk PBS sivik di sekolah saya…
sekarang ni tengah sibuk menanda evidens dalam buku Band Up!…saya nak mengucapkan terima kasih kepada diri saya sendiri kerana telah menghasilkan buku ni…pasal buku ni memang memudahkan kerja PBS sivik saya…bayangkan cikgu, 1 evidens band 1 dan 2 evidens band 2 dapat selesai ditanda dalam masa lebih kurang setengah jam untuk 2 kelas…untuk pengetahuan cikgu, saya pun terlibat dengan PBS matematik…1 evidens band 1 untuk satu kelas dah seminggu tak siap tanda lagi, dan murid-murid kena betul semua baru lepas, kalau tak kena bagi satu lagi evidens band sama tapi mudah sikit…susah la…
minggu ni jugak ada macam-macam kerja yang datang dan buatkan sangat sibuk dan mencabar…selain PBS sivik dan matematik, saya juga terlibat dengan PBS segak untuk pendidikan jasmani…saya tak mengajar pendidikan jasmani, tapi data segak ni perlu dimasukkan oleh guru kelas, jadi saya kena buat la…siapa yang kena buat segak ni, tau la betapa leceh nye nak masukkan data segak ke sistem SPPBS ni…kalau masuk markah ke SAPS tu susah, segak ni susah dia SAPS x5…lepas tu sekolah saya baru lepas buat Ujian Setara untuk semua tingkatan, tingkatan 1 pun kena jugak…PBS lagi, ujian lagi…nak kena tanda evidens PBS lagi, nak kena tanda kertas ujian lagi…dan yang terbaru, kena buat kajian tindakan pulak dah…1 Guru, 1 Kajian Tindakan…4 hb 8 ni nak kena hantar…mengada-ngada la…
internet kat rumah plak tak berapa mantap, tu yang susah nak update blog tu cikgu…
ps: sapa-sapa cikgu yang ada kajian tindakan untuk sivik, matematik atau sains…boleh pinjam Buku Dah Sampai!!
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!
akhirnya, buku yang dinanti-nantikan oleh semua cikgu sivik tingkatan 1 di seluruh Malaysia telah tiba…setelah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 untuk PBS sudah bersedia untuk beraksi bersama cikgu-cikgu dan murid-murid yang bakal memilikinya
saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Hamid, Encik Hafiz dan ahli-ahli dari Percetakan Hamid Bersaudara kerana telah bertungkus lumus membantu saya menyiapkan buku ni…walaupun saya datang lewat malam, ada masalah dengan rekaan kulit, mereka tetap gigih membantu saya memastikan buku Band Up! ini dapat disiapkan mengikut jadual..
seperti yang saya telah bagitau cikgu-cikgu melalui emel-emel cikgu, buku ni takde kat kedai-kedai buku…ini untuk memastikan tiada kos tambahan dikenakan dan buku dapat dihasilkan dengan kualiti setanding buku-buku dari syarikat buku ternama..kepada cikgu-cikgu yang telah menempah buku dan akan mendapat buku tak lama lagi, cikgu boleh lihat kualiti bahan untuk kulit buku dan kertas untuk helaian dalam buku adalah terbaik…cuma yang tak berapa terbaik, design untuk helaian dalam buku jer…pasal design tu saya yang buat sendiri pakai microsoft word…saya x berapa pandai sangat nak design-design ni cikgu..tapi saya rasa ianya agak memadai la…
jadi, siang tadi jugak, saya dengan dibantu adik-adik lelaki saya, kita bertungkus lumus untuk sediakan buku-buku untuk dihantar kepada cikgu-cikgu…
resit-resit juga disediakan untuk tujuan tuntutan dan bukti pembelian..
tak sempat nak settlekan semua, jadi saya hantar dulu beberapa ke pejabat pos dan sempat dapatkan untuk penghantaran pos ekspress untuk hari ni (kutipan pukul 4)…sampai-sampai pejabat pos, petugas pos ekspress dah siap kumpul semua pos-pos ekspress untuk dikutip…jadi, ada cikgu yang mungkin boleh dapat esok dan selebihnya saya akan hantar esok pulak, InsyaAllah…
di sini saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa buah sekolah yang telah memberikan sokongan terhadap usaha saya dengan menggunakan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 untuk kegunaan PBS pendidikan sivik di sekolah masing-masing..seperti yang telah saya cadangkan kepada cikgu-cikgu, gunakanlah peruntukan yang telah diberi kepada sekolah bagi mendapatkan buku ini untuk setiap murid-murid tingkatan 1…ianya akan memudahkan cikgu-cikgu, murid-murid malah pihak sekolah juga…saya telah menyediakan satu pautan khas “Sekolah Band Up!” untuk menyenaraikan sekolah-sekolah yang menggunakan buku ini bagi kegunaan PBS di sekolah masing-masing…lagi banyak sekolah yang terlibat adalah lebih bagus kerana PBS bagi pendidikan sivik dan kewarganegaraan dapat diselaraskan, dipermudahkan dan dimantapkan pengurusannya…

