RSS

Tag Archives: rekod transit

Helaian Rekod dan Rekod Transit.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

cikgu dah start setup cikgu punya SPPBS macam yang saya dah “adjust” kan untuk cikgu-cikgu…cikgu kena jugak setup cikgu punya fail perkembangan murid dan rekod transit cikgu..lupa saya nak bagitau cikgu-cikgu, setup SPPBS sampai band 3 jer dulu, band 4 dan ke atas tu tunggu dulu pasal tak pasti murid-murid dapat lengkapkan ke tidak..so, cikgu setup SPPBS cikgu sampai bulan terkini untuk band 1 sampai band 3 je dulu….
 
Rekod Transit.
yang ini mudah saje untuk cikgu setup…cikgu cuma tandakan saje pada ruangan evidens yang telah dilengkapkan menandakan murid-murid telah melengkapkan evidens tersebut…
ini adalah contoh kalau cikgu menggunakan rekod transit yang telah saya sediakan di ruangan “Muat Turun”…setiap tema ada satu helai…ada cikgu yang boleh buat semua dalam satu helai je guna EXCEL jadi jimat kertas…boleh jugak, saya suka buat besar-besar supaya tak sakit mata nak menengoknye..jadi cikgu tandakan sampai unit terkini yang cikgu dah ajar dalam PnP..
 
Helaian Rekod Fail Perkembangan Murid.
untuk Fail Perkembangan Murid, saya gunakan helaian rekod seperti yang saya telah ceritakan pada entri lepas…cikgu boleh dapatkan helaian rekod ni di ruangan “Muat Turun” …untuk fail ni, cikgu-cikgu kena letakkan evidens terbaik yang berjaya dilengkapkan oleh murid-murid..kalau band 4 adalah band terbaik yang boleh murid ni lengkapkan, kat dalam fail perkembangan dia cuma ada evidens untuk band 4 ni saje..
 
antara kesulitan yang saya terfikirkan bila kena letak evidens terbaik saje ni..
 
a) cikgu nak kena bukak tutup fail banyak kali untuk keluarkan, masukkan evidens..evidens yang dikeluarkan nak letak kat mana? nak bagi balik kat murid-murid maknanye selamat tinggal la evidens tu,..isteri saya siap beli fail banyak-banyak untuk simpan evidens-evidens yang dikeluarkan, membazir sungguh! nak kena masuk fail lain pulak..
 
b) ada yang masukkan je la semua, takde keluar..setakat ni yang saya nampak, ramai buat camni…kesudahan yang ni saya tak berapa pasti lagi..mungkin bila dah sampai band tertinggi yang murid-murid dapat lengkapkan, yang lain-lain tu barulah dikeluarkan..akan jadi macam kat (a) jugak..
 
ada lagi kesulitan yang boleh difikirkan tapi nanti la…saya bagitau kalau pakai helaian rekod yang telah saya sediakan..
kat atas contoh untuk unit 1 ngan unit 2 sampai evidens band 3..mula-mula saya letak ruangan tarikh tu untuk letakkan tarikh murid berjaya lengkapkan evidens, tapi nampak macam leceh…so, saya tiru macam SPPBS, letak bulan evidens berjaya dilengkapkan jer..
ruangan skor tu adalah markah yang murid-murid perolehi bila berjaya lengkapkan evidens…ada 10 soalan, 10 soalan dijawab betul, 100%..7 soalan dijawab betul, 70%..simple calculation jer..markah pass 50%…kalau dapat 40%, tak lepas…nak buat macam mana? skor kat helaian rekod kekal 40% tapi cikgu kat kelas nanti, bimbing murid tu sampai dia boleh jawab sampai pass (>50%), buat pembetulan dalam buku..pasal dia orang cakap, at least murid-murid boleh dapat band 3 kan? jadi, band 1 sampai band 3 boleh buat camni…band 4 ke atas, kalau tak pass, tak dapat la band tu…takde nak pembetulan lagi dah…
 
jadi, rekod semua evidens-evidens murid-murid boleh diakses dengan mudah di fail perkembangan murid, jika diperlukan…evidens terbaik pula, kalau band 6, cikgu dah boleh ceraikan evidens tersebut dari buku dan letakkan dalam fail perkembangan murid..pasal dah takde band lagi tinggi…kalau kat tema 1 dia dah boleh dapat band 6, band 6 tu cikgu dah boleh letak kat dalam fail..tak payah nak letak benda lain lagi…
tapi kalau murid lemah, kena tunggu sampai akhir sesi persekolahan baru boleh tengok ape band paling tinggi dia, barulah cikgu ceraikan dari buku evidens terbaik tu, masukkan dalam fail…buku tu bolehlah cikgu serahkan balik kepada murid-murid untuk dia simpan buat kenangan…
 
ada lagi penambahbaikan yang saya nak buat untuk PBS sivik, tapi tunggu dulu la…
 
About these ads
 

Tags: , , , , ,

PBS, Kepada Cikgu-Cikgu Yang Belum Start Lagi..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

saya rasa takde yang belum start PBS lagi, cuma saya je kot yang belum start lagi pasal saya memang tunggu buku saya sampai baru saya start PBS untuk pendidikan sivik tingkatan 1 kat sekolah saya…maklumlah JU, saya kata kat cikgu-cikgu sivik lain bawah saya yang tanya bila nak mula, saya cakap jangan risau, saya akan bereskan, cikgu ikut jer…cikgu-cikgu matapelajaran lain yang dah mula, masing-masing nampak sibuk menanda evidens, menyusun evidens dalam fail, sibuk berdebat pasal PBS kat bilik guru….cikgu-cikgu sivik saya suruh rileks dulu, buat keje lain dulu, dengar je cikgu-cikgu lain berdebat :)
 
tapi kalau cikgu pun belum start lagi, dan sama jugak macam saya, tunggu buku saya sampai…sini saya nak bagitau ape yang cikgu patut buat dulu sementara tunggu buku sampai…
 
1) Kalau cikgu ketua panitia, saya rasa GPK sekolah cikgu mesti dah suruh cikgu sediakan satu fail untuk panita…kat dalam fail ni cikgu kena letak instrumen penjaminan kualiti PBS, AJK PBS sekolah, jadual pelaksanaan PBS, Standard Prestasi, Huraian Sukatan Pelajaran, Evidens dan macam-macam lagi lah..saya rasa lain sekolah, lain yang kena letak dalam fail ni kot..kena tanya GPK cikgu…untuk mudahkan cikgu, beberapa item yang saya sebutkan tadi cikgu dapatkan kat ruangan ‘Muat Turun” kat atas…so, tak payah pegi kat laman LP.. 
 
2) cikgu setup fail perkembangan murid dulu…macam mana? cikgu pegi kat entri berkaitan Fail Perkembangan Murid dan cikgu cuba buat macam yang saya cadangkan kat entri tu..jadi, takde la bahagian pendidikan sivik kat dalam fail perkembangan murid tu kosong jer..
 
3) lepas tu cikgu setup rekod transit untuk pendidikan sivik tingkatan 1 dan cikgu bagi satu salinan kepada setiap cikgu yang mengajar kelas tingkatan 1 yang berkenaan dan satu salinan lagi cikgu letakkan kat dalam fail panitia yang cikgu dah sediakan di langkah 1 tadi…macam mana nak buat rekod transit? saya dah buatkan, cikgu dapatkan di “Muat Turun’ di atas dan ape cikgu perlu buat, cikgu boleh suruh cikgu-cikgu kelas berkenaan tukar je nama murid-murid saya dengan nama-nama murid kelas cikgu-cikgu..cikgu boleh baca lebih lanjut pasal Rekod Transit ni di entri ini
 
4) sekarang saya ngan cikgu, kita tunggu buku evidens pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 1 sampai…bila dah sampai nanti, saya akan bagitau ape yang cikgu kena buat dulu..jangan terburu-buru..kita buat kerja rileks cikgu, jangan tension, jangan serabut…kalau langkah 1, 2 dan 3 tadi cikgu dah settle, InsyaAllah takde tekanan dari mana-mana…
 
 
p.s: biar lambat asal mantap…tapi jangan tak buat langsung cikgu yer…
 
 
Leave a comment

Posted by on 25 June 2012 in Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , , , , , ,

Rekod Transit

Assalammualaikum dan selamat sejahtera cikgu!

dalam pengurusan evidens PBS cikgu, ada dokumen dipanggil ‘Rekod Transit’…di bawah ni saya tunjukkan contoh dokumen rekod transit yang telah saya sediakan untuk cikgu-cikgu sivik di sekolah saya…

apa kegunaan rekod transit ni cikgu? ia adalah satu cara merekodkan evidens-evidens yang telah dilengkapkan oleh murid-murid…ia disimpan oleh cikgu sivik yang bertanggungjawab ke atas kelas yang berkenaan…cikgu boleh simpankan dalam fail khas yang cikgu beli sendiri supaya mudah dicapai…
 
rekod transit ni cikgu, salah satu tujuan dia supaya kalau cikgu nak rekodkan ke dalam sistem SPPBS, dan sistem SPPBS tak dapat dicapai, mungkin kerana internet down, ramai sangat guna sistem pada satu masa dan sebabkan sistem jadi lembap dan sebagainya, cikgu rekod dalam rekod transit terlebih dahulu..ianya juga bagi memudahkan kerja pemantauan perjalanan PBS cikgu oleh pihak pentadbiran sekolah…jadi bila-bila masa cikgu ada kelapangan masa, internet pon dah ok, sistem SPPBS pun dah laju, boleh la cikgu masukkan rekod ke dalam sistem SPPBS…merekod ke dalam sistem SPPBS tu mandatori cikgu…jangan terlupa pulak..
 
cadangan saya cikgu…supaya pengurusan evidens cikgu teratur, bila cikgu dah buat penyemakan evidens murid-murid dan telah berikan skor evidens, cikgu tandakan pada rekod transit, murid-murid yang telah melengkapkan evidens…ini mudah untuk cikgu kesan murid-murid yang belum melengkapkan evidens (ponteng, wakil sekolah)…bila cikgu pasti semua murid telah melengkapkan evidens tersebut dengan merujuk kepada rekod transit, barulah cikgu letakkan maklumat evidens seperti tarikh dan skor murid-murid pada helaian rekod di fail perkembangan murid, (rujuk Fail Perkembangan Murid)… ini bagi mengelakkan cikgu kena bukak tutup fail perkembangan murid dua, tiga kali untuk evidens yang sama..ruangan SPPBS kat helaian rekod fail perkembangan murid tu cikgu tanda je masa masukkan tarikh dan skor evidens murid-murid….bila dah buat semua ni, barulah cikgu cari masa terluang untuk masukkan rekod ke dalam sistem SPPBS…
 
untuk mudahkan kerja cikgu, cikgu boleh dapatkan dokumen rekod transit yang telah saya sediakan di menu ‘Muat Turun’ di atas…
 
 
Leave a comment

Posted by on 19 June 2012 in Pengurusan Evidens PBS

 

Tags: , , , , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 165 other followers