RSS

Band Up! Pendidikan Sivik Tingkatan 1 Edisi Baru.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu!

DSC00347

DSC00346

Buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 edisi baru sudah siap dan sudah boleh diedarkan kepada sekolah-sekolah yang telah order..
Buku Tingkatan 2 tak siap lagi…tak tau la bila boleh siap, idea untuk evidens tak muncul-muncul…
 
 
 
23 Comments

Posted by on 31 December 2012 in Buku Evidens PBS

 

Tags: , , ,

Buku BAND UP! Edisi Baru – Preview –

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

apa khabar cikgu-cikgu semua? diharap sihat sejahtera…mungkin ramai yang sekarang ni tengah meluang masa bersama keluarga bercuti di dalam dan luar negara, tengah sibuk dengan kenduri-kenduri kahwin, pindah rumah baru pasal dpt tukar dan juga yang tengah jaga murid-murid spm…dan tak lupa juga pada yang tak habis lagi masukkan data SPPBS, diharap dapat berusaha dengan lebih gigih lagi…tak tahu la kalau tak sempat jugak siap sebelum 30 November, dapat postponed lagi ke tak? hari tu bagitau sampai 20 November je dan sebarang tempoh lanjutan tak akan dilayan, tapi…

Baik cikgu, pasti cikgu sudah menumpukan pandangan cikgu pada gambar yang letakkan di atas…yer cikgu, itulah kulit depan buku BAND UP! edisi baru yang saya letakkan bersebelahan dengan kulit depan buku BAND UP! edisi sebelum ni, tahun 2012 punye…kedua-dua rekabentuk kulit telah dilakukan oleh pereka bebas yang saya jumpa di internet..di sini sy akan nyatakan kelemahan kulit buku edisi lepas dan kemudian sy akan berikan penambahbaikan yang sy telah lakukan…

1) kulit buku lama kalau dah lama pakai, bukak tutup, bukak tutup…cikgu akan dapati kulitnya terutama sekali di bahagian tetulang akan mula merekah-rekah…ini disebabkan oleh bahan yang pencetak gunakan untuk jadikan kulit itu berkilat adalah sejenis cecair dan ini sebenarnya adalah teknik yang kurang kualiti dan murah…sy akui ini kesilapan sy kerana tak tahu selok belok pencetakan dan juga disebabkan ini dan ini….Kali ini sy telah memilih pencetak baru dengan lebih teliti dan berhati-hati dan syukur kepada Allah kerana telah berjumpa dengan satu pencetak yang tak lokek ilmu dan begitu bersungguh-sungguh memberikan yang paling baik untuk pelanggannya…kulit buku edisi baru, akan dihasilkan dengan cara yang sepatutnya iaitu menggunakan bahan seperti laminate yang akan menghasilkan kesan berkilat pada kulit buku dan kalau cikgu bukak tutup, bukak tutup pun ia takkan merekah dan steady jer macam buku-buku lain..

2) rekabentuk kulit buku juga tidak tajam dan agak kabur…ini kerana pereka bebas tersebut menggunakan aplikasi Microsoft Excell untuk menghasilkan rekabentuknya dan jika dicetak ia akan kelihatan kabur dan tidak menghasilkan warna yang tepat…mengikut ilmu yang saya dapat dari pencetak baru ni, aplikasi yang paling sesuai untuk hasilkan rekabentuk kulit dengan warna yang tepat dan tajam ialah dengan menggunakan perisian seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan yang seangkatan dengannya….jadi pereka kulit buku yang baru, sy telah pilih yang menggunakan aplikasi Adobe untuk menghasilkan rekabentuknya…ini terbukti bila sy sendiri print pakai printer kat rumah, memang gambar dia tajam dan warna dia pun tepat…

Tadi sy cerita bab kulit buku dan sekarang sy cerita bab dalam buku pulak…gambar di atas adalah contoh eviden pendidikan sivik tingkatan 1, B2D1E1…kelemahan dan penambahbaikannya lebih kurang macam apa yang berlaku pada kulit buku tapi ada lain sket…

 1) Dulu sy gunakan aplikasi Microsoft Word untuk hasilkan kandungan buku BAND UP!..jd kelemahan guna Word ni, kegunaan dia terbatas berbanding kalau kita gunakan aplikasi dekstop publishing macam Adobe Indesign atau Microsoft Publisher…dan memang aplikasi dekstop publishing ni la yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan pencetakan…macam pencetak baru ni bagitau sy, Adobe Indesign atau Microsoft Publisher ni macam makanan untuk alat pencetak ni..yang lain boleh masuk tapi tak sedap…jd, sekarang sy telah menggunakan sepenuhnya aplikasi dekstop publishing untuk hasilkan kandungan buku BAND UP! dan cikgu-cikgu boleh nampak sendiri terdapat beberapa penambahbaikan yang telah sy buat…design tu memang ada amik banyak dari yang kandungan lepas cuma sekarang sy ada lebih kebebasan..

2) Kalau cikgu tengok hasil pencetakan buku edisi lepas pun, bagi yang dapatkan buku BAND UP!, sebenarnya tak berapa bagus…ada yang terlebih gelap, terkurang gelap, kabur, tak tajam…ini pun salah satu puncanya psl gunakan Microsoft Word dan jugak pencetak yang sambil lewa…cetakan pertama buku BAND UP! boleh dikatakan agak memuaskan tapi lepas ulang cetak kedua, ketiga…kualiti makin teruk dan sikap pencetak makin menyakitkan hati…In Sha Allah, lepas ni, untuk buku BAND UP! edisi baru, masalah-masalah ni takkan berulang lagi..pencetak ni pun ambik kontrak cetak majalah dan diari sekolah sy dan sy tengok hasil dan kualiti kerja mereka memang bagus

kerja “renovation” buku BAND UP! dah siap dalam 90%, hampir keseluruhan evidens sy renovate balik..terutamanya eviden-eviden band 4 dan band 5, memang pecah balik buat baru…ada yang jd 2 mukasurat..dulu semua rumah teres setingkat je, sekarang dah ada semi d ngan banglo…hehehe…
sy mohon supaya Allah tabahkan sy dalam meneruskan usaha ni dan supaya cikgu-cikgu dapat terus-menerus menyokong sy…
 
PS: sy akan update bila dah dapat CF🙂 rs nye dalam minggu akhir disember atau awal januari…In Sha Allah.
 
13 Comments

Posted by on 26 November 2012 in Buku Evidens PBS, Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , , ,

Tak Boleh Guna Buku Evidens?

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

terima kasih cikgu-cikgu kerana sudi untuk berkongsi maklumat di blog cikgusivikdisini…salah satu tujuan saya mewujudkan blog ini adalah bagi membolehkan cikgu-cikgu berkongsi maklumat dan membincangkan perkara-perkara yang boleh memantap, memudah dan seterusnya melancarkan lagi perlaksanaan PBS pendidikan sivik khususnya…disamping itu, blog ini juga saya gunakan sebagai medium untuk memperkenal, mempromosi dan memasarkan produk PBS saya, buku evidens BAND UP! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan…

“salam.. bagus usaha cikgu menghasilkan buku ini. sesuai dijadikan rujukan guru-guru PSK membina instrumen.  walau bagai manapun, cikgu2 tidak boleh gunakan buku ini sebagai evidens.  dari pengetahuan saya, evidens setiap sekolah tidak boleh sama evidens dengan sekolah lain. (tegur jika salah) mode : sekadar berkongsi pengetahuan”

di atas adalah kandungan emel yang saya terima daripada rakan guru yang telah berkongsi maklumat dengan saya dan saya ingin berkongsi maklumat ini dengan cikgu-cikgu semua…menurut maklumat yang cikgu ini terima, kita cikgu-cikgu yang terpilih untuk melaksanakan PBS ni, tidak boleh menggunakan buku evidens kerana jika cikgu-cikgu menggunakan buku evidens, evidens akan sama sahaja di sekolah-sekolah yang menggunakan buku evidens…jadi, disini saya ingin berkongsi pendapat saya berkenaan apa yang sepatutnya dilakukan jika inilah sebabnya buku evidens tidak boleh digunakan…

1) DSP hendaklah berlainan untuk setiap sekolah, dengan itu barulah evidens yang dihasilkan berbeza antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lain…ini kerana evidens yang dihasilkan untuk PBS mestilah berpandukan kepada DSP yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan…dan kalau dikehendaki untuk dibuat berlainan pun, saya tak nampak macam mana 10 evidens B1D1E1 boleh dihasilkan dan kesemua 10 evidens B1D1E1 tu berbeza antara satu sama lain tetapi menepati kehendak DSP…

2) Kursus PBS selama 3 hari yang kini sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara tidak perlu dilakukan…ini kerana kursus 3 hari tersebut diadakan untuk membolehkan cikgu-cikgu yang terpilih bekerjasama untuk menghasilkan evidens-evidens berdasarkan DSP…evidens-evidens yang cikgu-cikgu ini hasilkan kemudiannye akan dikumpul dan akan dibawa balik ke sekolah masing-masing untuk digunakan untuk tujuan PBS di sekolah…di kawasan muar-ledang kalau tak silap saya ada 30 lebih buah sekolah…jadi, dah ada 30 lebih buah sekolah di kawasan muar-ledang yang menggunakan evidens yang sama…bezanya evidens-evidens ini tidak dibukukan…

3) Kursus PBS untuk tingkatan 2 belum bermula lagi, dah ramai wakil-wakil dari kedai buku datang sekolah saya hantar naskah contoh buku evidens dari penerbit-penerbit besar yang cikgu-cikgu semua dah kenal…kebanyakan buku contoh adalah untuk tingkatan 1 tapi di kulit buku dah terang-terangan tunjuk buku evidens untuk tingkatan 2 pun ada…siapa yang buat evidens-evidens ni? dari mana mereka dapat DSP? mereka ada kursus berasingan dari cikgu-cikgu sekolah ke?…hmm, jangan biarkan diri saya dan cikgu-cikgu diselubungi “Misteri Buku Evidens PBS”…🙂

ini pendapat saya, dan bagi saya tak salah untuk pakai buku evidens…kalau satu malaysia pakai buku BAND UP! untuk buat PBS pendidikan sivik pun lagi saya sokong pasal memang menepati kehendak DSP yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, lagi mudah untuk kita nak bandingkan prestasi para pelajar kerana evidens yang digunakan adalah sama, macam peperiksaan PMR, SPM yang menggunakan soalan yang sama di seluruh negara…lebih penting lagi evidens-evidens yang dihasilkan mestilah menepati kehendak BAND yang telah digariskan oleh Lembaga Peperiksaan (cikgu-cikgu dah tengok evidens band 6 buku evidens yang penerbit-penerbit besar ni keluarkan?) …

jadi, apa pendapat cikgu-cikgu?

 
15 Comments

Posted by on 8 November 2012 in Buku Evidens PBS, Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , , ,

PBS Sivik Tingkatan 2

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu!

Akhirnya sudah sampai ke minggu terakhir sesi persekolahan tahun 2012..minggulah ni masanya untuk siapkan kerja-kerja terakhir untuk tahun 2012 kalau tak nak kena panggil balik sekolah siapkan kerja masa cuti nanti..saya rasa masa ni pasti ramai cikgu-cikgu yang sedang termenung di depan skrin laptop masing-masing, menunggu simbol “loading” yang bulat berpusing-pusing tak henti-henti untuk hilang dan dapat masukkan data SPPBS yang seterusnya…diharap cikgu jangan berputus dan teruskan berusaha..
 
Di bahagian selatan tanahair, kursus-kursus PBS untuk tingkatan 2 sedang giat dijalankan…saya tak terlibat dengan PBS tingkatan 2, tapi isteri saya terlibat dan telah selesai kursus minggu lepas…di Selangor, kursus-kursus PBS untuk tingkatan 2 telah dijalankan sebelum cuti hari raya haji lagi, seperti yang telah diberitahu oleh rakan guru di sana..kenapa belah sini lambat, pun tak diketahui sebabnya..dan bagi guru-guru yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab menguruskan PBS untuk tingkatan 2, pasti mereka sudah pun menerima dokumen standard prestasi untuk tingkatan 2, panduan penting untuk menghasilkan eviden-eviden untuk kegunaan PBS…
 
Tapi, kalau cikgu melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, cikgu takkan nampak pautan untuk muat turun DSP untuk tingkatan 2…ini kerana, saya diberitahu oleh isteri saya, DSP yang diedarkan ni masih lagi dalam bentuk draf dan mungkin akan ada perubahan, menurut JU yang mengendalikan kursus-kursus PBS nih..tapi cikgu, skrip ni pun sama jugak macam tahun lepas isteri saya gunakan masa dia jadi JU untuk PBS sivik tingkatan 1, tapi takde pun perubahan nye, sama je…untuk cikgu-cikgu yang nak dapatkan draf DSP untuk pendidikan sivik tingkatan 2, cikgu dah boleh dapatkan di ruangan MUAT TURUN untuk tatapan cikgu-cikgu..
 
Dengan adanye DSP ni, maknanye saya dah bole start untuk hasilkan bahan untuk buku BAND UP! tingkatan 2..saya akan mula kerja “perah otak” bila start je cuti hujung minggu pasal sekarang masih lagi tengah siapkan kerja-kerja terakhir sekolah…hasil daripada ‘feedback’ yang saya terima dari cikgu-cikgu, saya akan melakukan penambahbaikan kepada buku BAND UP! pendidikan sivik tingkatan 1 yang akan juga diterapkan pada penghasilan buku BAND UP! tingkatan 2…diharap cikgu-cikgu masih tetap memberikan sokongan padu pada saya dalam menghasilkan buku BAND UP!..
 
 
20 Comments

Posted by on 6 November 2012 in Buku Evidens PBS, Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , ,

Cikgu, Masa Dah Nak ‘Time’…

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu…

selamat bulan oktober kepada cikgu-cikgu sekalian…sesi persekolahan 2012 sudah semakin hampir ke penghujung dan masa untuk cikgu-cikgu nak buat PBS pun dah nak ‘time’ dah…seafdalnye cikgu-cikgu sudah nak tamat selesaikan evidens-evidens untuk budak-budak dan tinggal nak update fail perkembangan murid dan jugak SPPBS…tapi, cikgu-cikgu yang masih banyak lagi yang belum siap, diharap dapatla meningkatkan usaha supaya dapat disiapkan jugak tahun ni…bukan ape, takut jadi macam KSSR, PBS untuk sekolah rendah, tahun lepas tak siap, kena sambung siapkan tahun ni…jadi kalau cikgu-cikgu tak siapkan tahun ni, takut kena sambung tahun depan plak…tahun depan kena buat untuk 2013 plak, ade untuk tingkatan 2 plak..banyak keje cikgu…kepada yang langsung tak buat ape-ape lagi, banyak-banyak la solat taubat dan solat hajat ye cikgu🙂
 
bagi saya, saya tinggal nak siapkan tanda beberapa evidens yang belum siap tanda…pastu nak update fail perkembangan murid ngan SPPBS…minggu depan takde kat sekolah pasal saya kena jaga PMR, ketua pengawas lagi cikgu, kena buat soalan peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 1 lagi walaupun dah ada PBS, nak kena tanda kertas peperiksaan lepas abis periksa akhir tahun, pastu ade PSKPP plak pasal saya wakil untuk skuad tenis muar…fuhh…
 
cikgu-cikgu macam mana?
 
Sekian..
 
 

Tags: , ,

Buku Evidens PBS Matapelajaran Lain.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang ke 19…raya sebulan cikgu, psl kita puasa ramadhan sebulan..kat kawasan selatan rumah terbuka still on lagi, geng-geng marhaban pun tengah rancak🙂
 
lama tak update cikgu pasal raya ni saya tak berapa sihat…demam, batuk, selsema…ubat dah berapa kali top up dah…tak tau kenapa, tp tengok ramai yang sekarang batuk-batuk, selsema…pegi klinik pun ramai yang simptom sama..kawan-kawan cakap penangan ketupat palas, maklumlah orang selatan biasa ngan ketupat nasi, sekali raya kat utara, kena ketupat palas jer…tu yang culture shock tuh, demam terus…
 
berbalik kepada topik, buku evidens subjek lain…saya ada dapat pertanyaan dari cikgu-cikgu untuk buku evidens subjek lain…untuk pengetahuan cikgu saya ada terserempak di alam internet buku evidens subjek lain iaitu geografi di MUDAH.MY dan kemahiran hidup di satu laman blog cikgu kemahiran hidup…tapi perincian berkaitan buku tu agak samar-samar la, gambar takda, kalau berminat ke contact mereka dulu, takda sample dipamerkan jadi mungkin agak was-was la sikit..
 
dan untuk pengetahuan cikgu-cikgu, saya tak ada rancangan nak menghasilkan buku evidens untuk subjek lain kerana saya ingin menumpukan pada subjek pendidikan sivik saja…kerana pada masa akan datang, tingkatan 2 dan 3 juga akan mula melaksanakan PBS jadi lebih baik saya hanya menumpukan kepada satu subjek dan menghasilkan yang terbaik daripada banyak tapi kualiti tak seberapa…
lagipun, saya harap untuk subjek lain, biarlah guru-guru lain yang lebih mahir mengambil peluang dan mengusahakan buku evidens yang sesuai dengan format subjek berkenaan…di sini saya menyatakan beberapa fakta berkenaan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1…
 
1) saya bertindak menyusun, merekabentuk, mengedit, menerbit, mempromosi, menerima tempahan, membungkus dan mengeposkan buku Band Up! kepada cikgu-cikgu…kecuali design kulit dan mencetak je dibuat oleh orang lain…
 
2) Nafas Ilmu Enterprise tu didaftarkan bagi membolehkan buku Band Up! ni diterbitkan dan juga membolehkan saya membuka akaun untuk tujuan menerima cek-cek yang akan dikeluarkan oleh sekolah-sekolah yang membuat tempahan melalui LO…dan juga supaya cikgu-cikgu yakin sikit nak berurusniaga bila ada perniagaan yang berdaftar nih…
 
3) setakat ni buku Band Up! telah dicetak sebanyak 2000 unit dan hampir keseluruhan terjual, masih ada lagi stok disimpan…saya akan re’stok’ kalau masih ada permintaan yang tak buatkan saya rugi pasal selalu saya re’stok’ dalam 500 unit, tak boleh nak cetak sikit-sikit…kalau banyak stok tak terjual, tak bagus la kan…
saya masih lagi ada menerima tempahan dari cikgu-cikgu…walaupun sekarang dah masuk bulan september, dah nak abis sesi 2012 dah pun…semua orang dok sibuk ngan peperiksaan percubaan, tenggelam dah PBS buat sementara…
 
4) buku evidens untuk tingkatan 2 dan 3 memang ada dalam perancangan tapi nak kena tunggu DSP untuk tingkatan 2 dan 3 keluar dulu, baru boleh buat buku evidens…dan saya bercadang untuk memastikan buku-buku Band Up! diupdate setiap tahun untuk penambahbaikan…maknanya tahun depan, InsyaAllah akan ada penambahbaikan untuk buku evidens sivik tingkatan 1…cikgu-cikgu yang dah gunakan buku Band Up! pun boleh berikan feedback kepada saya untuk saya dapat gunakan untuk memperbaiki lagi buku ini..
 
Itulah cikgu sedikit sebanyak maklumat terkini untuk dikongsi…saya berharap buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan terus mendapat sokongan daripada cikgu-cikgu semua..saya juga berharap blog Cikgu Sivik Di Sini ni akan dapat jadi arah tuju untuk cikgu-cikgu sivik dapatkan panduan dan maklumat untuk memudahkan kerja-kerja cikgu…pasal kerja cikgu dah semakin mencabar dan rumit, persekitaran pun dah kucar-kacir, namun kerja kita mesti laksanakan, yang patut ada mestikan diadakan…
 
bak kata GPK sekolah saya, “Cikgu…kita ni kan yang mengikut arahan…”.
 
Sekian.
 
 
1 Comment

Posted by on 6 September 2012 in Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , , ,

Selamat Bercuti dan Salam Aidilfitri.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

Image

 bagi cikgu-cikgu dan murid-murid, kita dah start cuti hari ni…jadi di sini saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012M…jika ada salah dan silap sepanjang saya berkongsi maklumat dan bermuamalat dengan cikgu-cikgu melalui blog ni, saya mintak ampun zahir, batin dan mintak halal lah eh…

kepada cikgu-cikgu yang akan bergerak ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju🙂

 
Leave a comment

Posted by on 15 August 2012 in Cikgu Sivik dan PBS