RSS

Fail Perkembangan Murid

16 Jun

Assalammualaikum dan selamat sejahtera cikgu!

nak citer pasal fail PBS nih cikgu, fail perkembangan murid…saya rasa fail ni semua skolah dah buat dah kan..dah susun cantik-cantik kat rak, satu fail untuk sorang pelajar, untuk digunakan dari murid tu kat tingkatan 1 sampai la tingkatan 3..dan seperti yang telah diberitahu, fail nih gunanye untuk letak evidens-evidens yang murid-murid telah lengkapkan…macam skolah saya, pakai fail keras yang besar pastu dalam dia buat partition untuk setiap matapelajaran.
 
tapi kan cikgu, ape yang saya buat untuk pendidikan sivik kat skolah saya, saya tak letak evidens kat dalam fail perkembangan pelajar…saya cuma letak helaian untuk rekod evidens yang telah dilengkapkan…macam kat bawah ni, saya tunjukkan contoh helaian untuk rekod evidens dari tema 1..
 
 jadi, tak la semak sangat fail tu nanti cikgu…kerja cikgu pon senang,  cikgu tak payah susah-susah masukkan evidens murid satu-satu kat dalam fail…kalau satu kelas 35 orang, 3 – 4 kelas dah berapa orang cikgu, berapa fail nak kena bukak tutup nak masukkan evidens? kan banyak kerja tu..kalau pakai helaian rekod macam ni, cikgu hanya perlu masukkan data-data berkenaan evidens yang telah dilengkapkan saje..
 
ape yang cikgu kena buat…pendidikan sivik tingkatan 1 ada 6 tema, jadi akan ada 6 helaian rekod seperti di sebelah..katalah sekarang cikgu masih lagi membuat pentaksiran bagi tema 1, cikgu rizo helaian tema 1 ni mengikut bilangan murid tingkatan 1…untuk mudahkan kerja, cikgu beri kepada murid-murid seorang satu dan suruh mereka tuliskan nama guru, nama mereka, kelas dan no kp..pastu cikgu kutip balik dan cikgu masukkan kat dalam fail perkembangan murid…kalau cikgu nak lagi senang, rizo helaian tema 1 sampai tema 6, bagi kat murid-murid seorang satu set, suruh mereka tulis maklumat tadi untuk setiap helaian dari tema 1 sampai tema 6…terus masukkan dalam fail, pasni tak yah nak masuk-masuk lagi…selesai satu kerja…
 
camni la cikgu saya buat pengurusan fail perkembangan murid untuk pendidikan sivik tingkatan 1 kat skolah saya…kalau cikgu rasa cara ni dapat mudahkan kerja cikgu jugak, cikgu boleh dapatkan helaian rekod ni di menu “Muat Turun”  di atas…
 
UPDATE (18/6/2012)
saya dah baca balik fail pdf berkaitan fail perkembangan murid, dia kata dalam fail ni diletakkan evidens untuk band tertinggi sajer…maknanye tak banyak la evidens yang kita kena letak dalam fail perkembangan murid ni…maknanye kalau murid tu dah dapat lengkapkan evidens band 4, evidens band 3 yang sebelum ni cikgu letak kat dalam fail tu, cikgu kena keluarkan dan bagi balik kat murid, kalau evidens tu adalah evidens asal, bukan yang copy nyer..
tapi cikgu, still banyak keje gak cikgu, nak kena keluar masuk…cikgu guna jer helaian rekod seperti yang saya cadangkan..jadi cikgu cuma bukak fail dan rekod saja tarikh dan skor yang murid dapat untuk evidens band tu dan tick kalau cikgu dah registerkan dalam aplikasi SPPBS…kalau pemantau datang nak pantau, senang jer, kalau dia nak tengok evidens, cikgu tunjuk je la buku evidens murid tersebut kat dia…itu pun kalau dia request…
 
 
 
3 Comments

Posted by on 16 June 2012 in Pengurusan Fail PBS

 

Tags: , , , ,

3 responses to “Fail Perkembangan Murid

  1. rafizah

    20 June 2012 at 2:26 am

    Cikgu sivik!…kalau ikut yg saya dapt daripada JU sivik Kedah..B5D1E1 dan B5D1E2 adalah di bawah Tema 1 unit 2.

     
  2. Cikgu Sivik

    20 June 2012 at 7:30 am

    terima kasih cikgu rafizah kerana berkongsi maklumat…ini cikgu kena rujuk kepada Dokumen Standard Prestasi untuk Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 terkini (boleh dapatkan di menu Muat Turun)…evidens B5D1E1 dan evidens B5D1E2 diletakkan di bawah deskriptor B5D1 yang mewakili deskriptor bagi unit 1, manakala deskriptor bagi unit 2 pula adalah B5D2..dalam Band 5, hanya unit 5 berkaitan “Penjagaan Dan Peningkatan Imej Sekolah” sahaja yang tidak diperuntukkan evidens..

    kalau cikgu merujuk kepada buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1, pernyataan bagi deskriptor B5D1, “Memanfaatkan kebolehan diri untuk masyarakat” adalah di bawah Aktiviti 1D bertajuk “Keistimewaan Saya” dimana murid-murid dikehendaki menggunakan kebolehan/kelebihan/keistemewaan yang ada pada diri mereka untuk;

    1) Membantu menyelesaikan masalah rakan (sila rujuk sampel evidens B5D1E1)
    2) Memberi sumbangan kepada sekolah (sila rujuk sampel evidens B5D1E2)

    kekeliruan ini berlaku kerana cikgu-cikgu mengaitkan “menyelesaikan masalah rakan” dengan Aktiviti 2E bertajuk “Membantu Rakan Menyelesaikan Konflik” yang terdapat di unit 2 buku teks..jika demikian, mengapa evidens B5D1E1 tidak diletakkan di deskriptor B5D2, “Berupaya menyelesaikan konflik” dan evidens B5D1E2 diletakkan dibawah Tema 3, deskriptor B5D4, “Berbangga Terhadap Sekolah” di unit 4 atau unit 5 kerana ia berkaitan dengan “sumbangan kepada sekolah”?

    saya berpendapat deskriptor disusun berdasarkan susunan unit-unit di dalam buku teks dan evidens pula disusun berdasarkan aktiviti-aktiviti pada buku teks yang terdapat di dalam unit tersebut..

     
    • rafizah

      20 June 2012 at 9:37 am

      terima kasih kerana penerangan yg panjang lebar…sehinggakan saya kena baca 2-3 kali utk faham. saya boeh terima pendapat cikgu….dan saya akan panjangkan dgn rakan2 sekitar saya.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: