RSS

Fail Showcase

20 Jun

Assalammualaikum dan selamat sejahtera cikgu!

lagi satu fail pbs cikgu, ialah fail showcase…fail ni cikgu, disediakan hanya satu saje untuk satu tingkatan..maknanye untuk PBS akan datang, akan ada 3 fail showcase, satu untuk tingkatan 1, satu untuk tingkatan 2 dan satu untuk tingkatan 3..dalam fail showcase ni cikgu, akan diletakkan evidens murid yang terbaik dari setiap matapelajaran…contohnye kalau tingkatan 1 ada 13 matapelajaran, dalam fail showcase tingkatan 1 akan ada 13 evidens terbaik…
 
apa yang susah untuk saya ngan cikgu-cikgu nanti ialah cara nak pilih evidens yang terbaik tuh..yang pastinya evidens terbaik mesti lah evidens dari band 6 kan cikgu…tapi kalau dah ramai yang dapat band 6? camna pulak tu cikgu?…disini lah cikgu, saya rasa pentingnye kena ada sistem pemarkahan (skor) yang akan mudahkan kerja saya ngan cikgu-cikgu…ada matapelajaran yang mana murid-murid mesti betul semua soalan yang diberikan barulah dia lepas band tu, ada matapelajaran yang murid-murid mesti dapat buat aktiviti diarahkan, baru dia lepas band tu…tapi kedua-duanya tiada skor diberikan, cuma murid-murid berjaya melepasi band…itu saje…macam saya cakap tadi, kalau ramai yang dapat betul semua? kalau ramai yang dapat buat aktiviti tu? pening kepala cikgu nanti…jadi, wujudkan satu sistem pemarkahan dan itulah yang saya telah terapkan di dalam evidens-evidens dalam buku evidens Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 saya..
 
kemudian, cara evidens terbaik tersebut disimpan di dalam fail showcase…kaedah yang akan saya gunakan ialah dengan membuat salinan muka evidens dari buku yang telah diberikan skor, dan meletakkan salinan tersebut di dalam fail showcase…hasil kerja evidens terbaik tersebut akan saya simpan dan sekiranya ada request untuk pemantauan, saya akan keluarkan hasil kerja evidens terbaik tersebut dari simpanan saya…nak selamat, simpan cikgu, jangan bagi kat murid-murid balik….simpan pun tak lama cikgu, bila murid-murid tu naik tingkatan 2 nanti, barulah kita bagi kat mereka balik…
 
p.s: fail perkembangan murid dan fail showcase ni, bukan cikgu yang kena sediakan, jawatankuasa PBS sekolah yang dilantik yang akan sediakan…kerja saya ngan cikgu cuma isi fail tu jer…
 
 
Leave a comment

Posted by on 20 June 2012 in Pengurusan Fail PBS

 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: