RSS

Pentaksiran Pusat

22 Jun

Assalammualaikum dan selamat sejahtera cikgu!

dalam sibuk-sibuk pening kepala nak buat PBS cikgu, ade lagi satu jenis pentaksiran yang  saya dan cikgu-cikgu semua kena laksanakan iaitu Pentaksiran Pusat…untuk penerangan lebih detail berkaitan pentaksiran ni cikgu, cikgu boleh dapatkan di ruangan “Muat Turun” di atas di dalam bentuk fail powerpoint yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan untuk tatapan cikgu..di sini saya cuma nak ringkaskan apa sebenarnye pentaksiran pusat ni..
Pentaksiran Pusat (PP) ni cikgu, sama macam kita kena buat PBS…tapi evidens nye akan disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan sendiri..evidens yang diberi boleh jadi dalam bentuk kerja kursus, penyediaan buku skrap, penulisan, persembahan dan macam-macam lagi yang saya rasa kalau ikut evidens PBS, dalam lingkungan evidens band 4 ke band 6…itu pun bergantung kepada matapelajaran yang berkenaan, takkan matapelaran matematik kena buat persembahan pulak kan cikgu…dan PP ni tak pakai kaedah band…dia pakai kaedah “skor rubrik”, iaitu ada markah… saya juga menggunakan konsep markah untuk evidens dalam buku evidens saya, cuma “skor rubrik” PP lebih detail untuk tujuan menilai pencapaian murid-murid dan skor saya cuma untuk mudahkan PBS untuk saya dan cikgu (rujuk Fail Showcase)
 
dilaksanakan secara kohort sekali saje dalam tempoh 3 tahun…contohnye kalau batch murid-murid tingkatan 1 sesi 2012 menjalani PP untuk pendidikan sivik, matematik dan sains pada tahun ni, maknanye tahun 2013 dan 2014 dah takde dah PP untuk 3 matapelajaran ni bagi batch murid-murid ni…tempoh yang diberikan untuk lengkapkan setiap PP lebih kurang sebulan…pihak Lembaga Peperiksaan ade sebut dalam powerpoint tu nak buat “projek mini” dan diberi tempoh seminggu untuk disiapkan, khas untuk tingkatan 3 untuk setiap matapelajaran, tapi belum dimuktamadkan lagi…dan berita baik untuk saya dan cikgu-cikgu, PP untuk pendidikan sivik dan kewarganegaraan untuk batch tingkatan 1 sekarang (kohort 2012-2014) akan dilaksanakan tahun ni, 2012, dalam bulan september/oktober camtu, kalau ikut jadual perlaksanaan PP dalam powerpoint tu..
 
evidens-evidens PP murid yang dah lengkap tu cikgu kena bagi skor rubrik pastu cikgu kena simpan elok-elok dalam simpanan cikgu….amacam cikgu? kalau ade rezeki, ade evidens-evidens dalam buku evidens saya ter’sama’ pulak macam evidens PP yang akan dilaksanakan tahun ni…aminnn…
 
p.s: cikgu-cikgu tolong la bagi star (rate) entri-entri dalam blog ni supaya blog ni mudah di cari di search engine cam google ngan yahoo…terima kasih ye cikgu..
 
 
 
6 Comments

Posted by on 22 June 2012 in Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , , , , ,

6 responses to “Pentaksiran Pusat

  1. juhaidah

    23 June 2012 at 1:27 pm

    negeri Perak dh tau PP tajuk ape..students kene wat kompilasi dua cerita rakyat..rasenye 1 Malaysia pon sama..

     
  2. Cikgu Sivik

    23 June 2012 at 2:05 pm

    terima kasih cikgu juhaidah untuk maklumat tu…mana cikgu dapat eh maklumat tu? saya check kat laman web Lembaga Peperiksaan takde pun maklumat berkaitan PP tu…ape yg saya di bagitau, maklumat berkaitan PP akan disiarkan di laman web LP dan cikgu-cikgu yg btanggungjawab boleh download dari laman web dan start PP kat sekolah..
    tapi kalau betul, sy ade draf kertas utk PP tu..soalan dia sama macam yg cikgu cakapkan…sy ingat nak share ngan semua cikgu, tapi kat bawah tu ada tulis hakcipta kerajaan malaysia..takut plak nak share psl aritu baru sign borang akta rahsia kerajaan ape ntah tiba-tiba jer skolah suruh sign..tapi, selagi laman web LP tak keluar arahan, xyah risau la cikgu…lagipun, buku evidens saya ade evidens seakan-seakan..sy letak di band 4, evidens untuk unit 6, “Cerita Rakyat Pelbagai Kaum”..

     
  3. juhaidah

    23 June 2012 at 2:35 pm

    waktu kursus penataran mmg J/U yang beri pada smua guru..n dah ada sekolah area kinta utara yang dah mula buat..saya send di emel cikgu nnt..mmg page depan tulis pentaksiran pusat PSK dari LP..

     
  4. juhaidah

    23 June 2012 at 2:38 pm

    oo..maksudnye kite jgn mula buat lagi PP smpai dpt arahan la ye?

     
  5. Cikgu Sivik

    23 June 2012 at 2:54 pm

    macam tu la cikgu sepatutnye…tunggu arahan LP dulu baru buat..sy rasa PP yg cikgu nak emel kat sy tu pun sama cam yg sy ade..kalo cikgu rujuk powerpoint LP berkaitan PP yg ade kat ruangan muat turun tu pun bagitau PP untuk pendidikan sivik dia nak buat dalam sept – okt camtu…dan yg paling penting, kat dalam tu LP bagitau “Jadual pelaksanaan yang seragam akan dikeluarkan oleh LP”, cuba cikgu rujuk slaid 18..

     
  6. juhaidah

    23 June 2012 at 3:43 pm

    ok..terima kasih..mmg betol la tu..mesti selaras..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: