RSS

‘Thumbdrive’ 18GB Free..

23 Jun

Assalammualaikum dan selamat sejahtera cikgu!

beberapa hari ni saya dah bincang pasal PBS..saya rasa semua yang basic untuk PBS dah dicover dalam entri-entri yang lepas..hari ni saya nak kongsi ngan cikgu-cikgu semua benda best yang saya discover semasa saya mula buat blog nih..camner nak dapat “thumbdrive” 18GB free…
saya rasa semua cikgu kat malaysia ni paling kurang dah ade satu thumbdrive dan minimum pun mesti 2GB nye thumbdrive…biasenye cikgu-cikgu guna thumbdrive untuk back up kerja-kerja kat dalam laptop, bolehkan kongsi bahan-bahan dalam thumbdrive ngan kawan-kawan, sedut powerpoint presentation JU masa pegi mesyuarat penataran PBS pendidikan sivik dan macam-macam lagi lah..dan terkini saya check kat internet, thumbdrive 16GB harga dalam RM50 camtu…
 
masalah yang selalu cikgu-cikgu kat sekolah saya lalui berkenaan thumbdrive ni…bahan-bahan dalam thumbdrive hilang semua pasal kena virus…ni pasal thumbdrive cikgu-cikgu ni selalu cucuk laptop sana, cucuk komputer sini, sedut sana, sedut sini..akhirnye ngan virus-virus sekali kena sedut…mula la pening kepala pasal semua keje sekolah ade dalam tu…
thumbdrive jugak senang hilang, tertinggal, lupa letak kat mana, anak buat main pastu ntah mana dicampak nye…tu yang selalu kita nampak cikgu-cikgu letak kat keychain dia, gantung kat leher dia dan macam cara lagi tak nak kasi hilang…
 
‘Thumbdrive’ yang saya maksudkan untuk entri kali ni sebenarnye adalah satu cara cikgu-cikgu simpan bahan-bahan kerja cikgu dalam satu ruang yang selamat di alam internet..dalam bahasa inggeris dia panggil ‘cloud storage’..saya dah lama tau pasal cloud storage ni cuma sekarang baru saya tau betul-betul kelebihan dia bila saya mula gunakan untuk blog ni…sini saya nyatakan sedikit kelebihan ‘cloud storage’ ni berbanding thumbdrive yang cikgu-cikgu selalu pakai tu..
 
  • percuma (ini yang paling best)
  • takkan kena virus (bagus untuk back up)
  • takkan hilang (bagus untuk back up)
  • boleh diakses dari mana-mana laptop, komputer, handphone, tablet, ipad, blackberry so on (senang untuk kongsi bahan, sambung buat kerja)
  • privasi dijaga (kalau kongsi ngan kawan xde la dia dapat bukak folder-folder lain yang x berkenaan)
satu kelemahan dia cikgu…kena ade internet lah..pasal semua bahan cikgu disimpan dalam ruang internet..dan setelah membuat kajian, saya dapati cloud storage ‘Dropbox’ adalah yang terbaik..
ini pasal Dropbox boleh bagi cikgu sehingga 18GB free storage..boleh pegi sampai ratus-ratus GB cikgu, tapi kena bayar la..yang ni saya citer yang free jer..so, langkah pertama cikgu register dulu di sini, download installer dan install dalam laptop/komputer cikgu..register, download dan install dropbox… cikgu letak nama pertama, nama kedua, emel pastu password untuk bukak satu akaun dropbox yang khas untuk cikgu..
 
bila cikgu dah install, kat dalam my computer cikgu akan ade folder untuk dropbox macam ni..
 ape yang cikgu perlu buat, cikgu drag jer bahan-bahan yang cikgu nak back up, nak kongsi, gambar-gambar, kerja sekolah dan apa-apa saje masukkan kat dalam folder dropbox tu…automatik bahan-bahan tersebut akan disimpan ke dalam cloud storage dropbox..
bahan-bahan dalam folder ni lah yang cikgu boleh akses dari mana-mana tempat selagi ada internet..kalau nak kongsi dengan cikgu lain, cikgu masuk dalam akaun dropbox cikgu dari laptop cikgu tu dan download terus ke dalam laptop cikgu tu…so, tak payah nak cucuk-cucuk thumbdrive lagi, tak payah nak risau pasal virus, tak payah risau pasal terlupa nak bawak thumbdrive..
atau cikgu boleh bagi jer link dropbox kepada bahan cikgu tu kat kawan cikgu tu macam yang saya buat di blog ni…dia boleh terus download, kalau ade facebook, bagi la link tu melalui facebook..senang kan..untuk kegunaan kat handphone, ipad, blackberry tu..cikgu boleh dapatkan installer untuk setiap platform kat akaun cikgu yang cikgu daftar kat dropbox..
 
ok cikgu…sebenarnye bila cikgu download pastu install cikgu tak dapat straight away 18GB cikgu…cikgu cuma dapat 2GB je dulu..camna nak dapat 18GB, cikgu kena lengkapkan aktiviti-aktiviti yang dropbox sediakan untuk cikgu dan cara yang paling senang ialah cikgu ajak kawan cikgu install dalam laptop/komputer mereka melalui link yang cikgu bagi kat mereka…paling mudah, cikgu bagi link kat facebook je, pastu citer sket…kalau malas nak citer, share je entri saya kat facebook kawan cikgu tu, tapi suruh dia download dropbox dari link dropbox yang cikgu bagi kat dia..bila dia dah install, automatik dia ngan cikgu akan dapat 500MB storage..jadi, cikgu ngan kawan cikgu dah dapat 2.5GB storage space..tapi cikgu dah jadi 3GB pasal cikgu download dan install dari link yang saya bagi kat sini..saya ngan cikgu dapat 2.5GB…
 
itulah cikgu…selamat berjaya mendapatkan 18GB ‘thumbdrive’ free..
 
p.s: jangan lupa bagi star untuk entri-entri saya yer cikgu..
 
 
4 Comments

Posted by on 23 June 2012 in Tips Untuk Cikgu

 

Tags: , , , ,

4 responses to “‘Thumbdrive’ 18GB Free..

  1. noorhazlin yahya

    25 July 2012 at 8:44 am

    terima kasih atas informasi Cikgu Sivik tentang DropBox ni… baru je buat … tqvm!!!

     
  2. Ida

    13 January 2013 at 1:37 pm

    Says lak dah buat baru terbaca tips ni haha…tq cikgu coz sy bertambah yakin guna Dropbox hehe

     
  3. lynn

    14 October 2013 at 11:54 pm

    macam mana kalau kita ada 2 fon? boleh guna 1 akaun dropbox yang sama tak?bercampur ke?

     
    • Cikgu Sivik

      19 October 2013 at 10:47 pm

      1 akaun bole bukak kat mana2 asalkan log in guna username dan password dropbox yg register…

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: