RSS

Penghasilan Buku Evidens PBS.

27 Jun

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

menghasilkan sebuah buku memang salah satu daripada cita-cita saya cikgu…memandangkan saya bukan dari bidang linguistik, sastera, jadi nak hasilkan buku novel ngan buku cerita kanak-kanak memang bukan dalam cita-cita saya tu tp buku-buku macam buku panduan, buku berkenaan komputer, internet dan buku-buku latihan untuk murid-murid…jadi bila saje saya tahu PBS ni akan menggantikan PMR, saya rasa saya patut ambil peluang ni untuk merealisasikan cita-cita saya..
 
jadi, balik dari mesyuarat penataran instrumen selama 3 hari kat sebuah sekolah di tangkak…saya mula study balik PBS ni dengan lebih detail lagi pasal saya memang blur habis masa kat mesyuarat tu…masa kat mesyuarat tu, saya cuma jadi tukang taip soalan dalam laptop, cikgu-cikgu lain dalam kumpulan saya yang carikan soalan dalam buku-buku latihan untuk jadikan evidens…so, balik tu saya concentrate study saya kat dokumen standard prestasi cikgu..kerana saya rasa PBS ni, dia punya target utama dia ialah sejauh mana cikgu-cikgu dapatkan membimbing murid-murid dalam mematuhi kehendak evidens-evidens dalam dokumen standard prestasi…yang lain-lain tu cuma perhiasan untuk nampakkan PBS ni canggih lagi daripada PMR…
 
bila saya belek-belek evidens yang telah dihasilkan sewaktu sesi penataran tu cikgu, saya dapati:
1) evidens-evidens banyak yang tidak menepati kehendak dokumen standard prestasi kerana kebanyakannya hanya disalin dari buku kerja pendidikan sivik.
2) evidens-evidens kebanyakannya hanya mengisikan jawapan di tempat kosong, memadankan jawapan, menuliskan pendapat iaitu banyak melalui pemberian kertas soalan untuk dijawab murid-murid, seperti menjawab kertas peperiksaan.
3) perubahan dari band rendah ke band tinggi tidak jelas…ada evidens band tinggi yang agak mudah untuk diselesaikan oleh murid-murid.
 
jadi, untuk buku evidens ni saya tak pakai evidens-evidens yang dah dikumpulkan kerana memandangkan buku akan diterbitkan bagi mengelakkan perlanggaran hakcipta kerana kebanyakan evidens-evidens disalin dari buku kerja pendidikan sivik…jadi, saya telah menghasilkan evidens-evidens baharu dengan berpandukan hanya 2 benda iaitu dokumen standard prestasi dan buku teks pendidikan sivik tingkatan 1..buku teks digunakan cikgu-cikgu untuk sesi PnP di sekolah, jadi saya berpendapat sepatutnya ada kaitan antara apa yang diajar dari buku teks dengan apa yang akan murid-murid perlu lakukan untuk lengkapkan evidens..
 
cabaran utama bagi saya ialah bagaimana nak pastikan perubahan dari band rendah ke band tinggi jelas dan nak menterjemahkan kehendak dokumen standard prestasi, relevan dengan kandungan buku teks ke dalam bentuk evidens untuk menilai murid-murid..apa yang saya telah lakukan:
1) saya telah mengelaskan band 1 hingga band 3 sebagai band tahap rendah dimana murid-murid perlu memberikan jawapan dengan mengisikan ruang diberikan dengan maklumat yang datang dari murid-murid, melalui kaedah “buka buku teks” atau melalui kemahiran berfikir..
2) saya telah menjadikan band 4 sebagai band “sempadan” iaitu pertengahan di antara band rendah dengan band tinggi iaitu band 5 dan band 6…untuk band ini hampir keseluruhan evidens untuk setiap tema, pelajar dikehendaki menghasilkan buku skrap…dan untuk memudahkan kerja pentaksiran, ianya dihasilkan secara berkumpulan…maka, jumlah buku skrap dihasilkan tidaklah terlalu membebankan cikgu-cikgu..
3) band 5 dan band 6 adalah band aras tinggi dan aktiviti-aktiviti yang disarankan di sini kebanyakannya adalah aktiviti-aktiviti yang dibincangkan di dalam buku teks…dan untuk band 6, apa yang saya boleh katakan ianya memang sukar tp ianya tidak mustahil…bagi saya, murid-murid yang berjaya melepasi band 6 yang telah saya sediakan, memang boleh dikatakan murid-murid yang cemerlang dan gemilang, superb excellentee….
keseluruhan pendidikan sivik tingkatan 1 cuma ada 47 evidens saje, jadi tak memakan masa yang lama untuk siapkan…cuma kadang-kadang saya jadi blur pasal saya tahu topik dalam buku teks yang relevan dengan kehendak evidens tu, tp maklumat yang dibekalkan dalam buku teks tu terlalu sedikit (satu muka surat je), sy sukar nak terjemahkan ke dalam bentuk evidens untuk menilai pelajar..
 
Alhamdulillah, buku akhirnya berjaya disiapkan…diharap cikgu-cikgu yang akan mendapatkan buku ni nanti dapat menggunakannya dengan sebaik-baiknya dan dapatlah sama-sama berkongsi pandangan dan pendapat berkenaan buku tersebut supaya saya dapat buat penambahbaikan di masa akan datang..terima kasih saya ucapkan kerana cikgu-cikgu menghargai usaha saya…
 
p.s: nanti saya citer plak pasal menerbitkan sendiri buku ni..tungguu…
 
 
3 Comments

Posted by on 27 June 2012 in Buku Evidens PBS

 

Tags: , , , , ,

3 responses to “Penghasilan Buku Evidens PBS.

  1. rafizah

    27 June 2012 at 4:47 am

    bila nak dapat buku ni…kalau nak tempah utk semua pelajar ting 1 sek saya…dan bayaran melalui LO..macam mana..boleh ker?

     
    • Cikgu Sivik

      27 June 2012 at 7:47 am

      boleh cikgu…dah ada sekolah yang order…yang penting cikgu bincang dengan ketua bidang dulu..saya ada sediakan invois dan dokumen-dokumen diperlukan untuk berurusan dengan pihak sekolah..

       
  2. aeeeda

    15 July 2012 at 1:19 pm

    brape hg buku ni?? cmne nk order

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: