RSS

Masalah Dengan Pencetak.

28 Jun

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

saya menghantar bahan untuk buku Band Up! kepada agen syarikat pencetak pada 10 Jun 2012, hari Ahad, satu hari sebelum naik daripada cuti pertengahan tahun…seminggu kemudian saya menghubungi agen tersebut dan mendapat maklumat yang syarikat mula mencetak buku pada 20 Jun 2012 dan mengikut standard syarikat tersebut, buku siap dicetak dalam masa 10 hari bekerja dan dia memberikan tarikh 29 Jun 2012 sebagai tarikh paling lewat buku akan sampai kepada saya, iaitu hari esok, hari jumaat..
 
pagi ni sekolah saya mengadakan hari sukan sekolah, semangat saya agak berkobar-kobar…bukan kerana disebabkan saya terpilih sebagai ketua penjaga masa, tapi kerana esok adalah hari buku Band Up! saya dijanjikan sampai…rakan-rakan cikgu yang lain pun tak sabar-sabar nak tengok buku saya..pagi tadi pun ada cikgu-cikgu menelefon saya memberitahu telah memindahkan wang ke akaun saya untuk tujuan penempahan buku dan ada yang telefon untuk meminta saya menyediakan invois untuk tujuan menempah melalui peruntukan panitia…semangat semakin berkobar..
 
jadi, saya pun tergerak la nak telefon agen syarikat pencetak berkaitan perkembangan buku saya…agen tu tak angkat telefon, saya cuba semua nombor telefon yang dia pernah gunakan untuk berhubung dengan saya, semua tak angkat…hati sudah panas…saya terus telefon HQ dia, syukur la manager dia angkat telefon…saya tanya macam mana buku saya, dia cakap minggu depan 2 Julai 2012 baru boleh siap pasal ada masalah masa pencetakan, syarikat kena cetak balik buku…tersentak saya, down terus semangat saya..nasib baik acara sukan dah abis awal dari jadual..
dah la agen dia saya call tak angkat, dah tu tak maklum plak ada masalah nak kena cetak balik..saya bagitau dia saya dah janji kat cikgu-cikgu yang tempah buku esok saya dah boleh poskan buku…manager tu pun minta maaf dan bagitau buku yang dicetak ada masalah warna tak balance so kena cetak balik, dia bagitau dia nak check perkembangan buku saya dan akan call saya balik petang ni sebelum pukul 5…saya pun ok jer la..semangat dah hilang…
 
petang tadi, dalam pukul 5.44 petang saya dapat mesej dari manager tadi,
 

“Slm, due to our technical problem. We will be able to deliver your booklet after reprinting. It will take 7working days, which is due to 10th of July. Please expect delivery within the week. We are very sorry for the inconvinience.”

nak menangis saya dapat mesej ni cikgu, janji nak call, tak call, hantar sms jer…itu pun lambat, eja ‘inconvenience’ pun salah..saya tak sangka saya boleh kena macam ni dengan syarikat pencetak ni..10 Julai tu bukan minggu depan cikgu, tapi minggu lepas minggu depan..saya rancang minggu depan saya dah boleh start bagi buku kat murid-murid dan start PBS ngan buku saya dan kongsi pelan PBS saya ngan cikgu-cikgu…untuk pengetahuan cikgu-cikgu, saya menempah sebanyak 1000 naskah dan hampir 80% telah ditempah oleh cikgu-cikgu…saya dah pun bayar separuh kos tempahan buku kepada syarikat tersebut dan akan membayar bakinya bila buku sampai..dan melihat pada sambutan yang cikgu-cikgu berikan pada buku saya, mungkin saya kena ulang cetak buku ni…
 
jadi di sini saya nak mohon beribu ampun dan maaf kepada cikgu-cikgu yang yang dah tempah buku saya kerana saya tak dapat tunaikan janji saya untuk pastikan cikgu-cikgu dapat buku saya bermula minggu hadapan…saya tiada pilihan lain kecuali tunggu buku saya pada 10 Julai nanti…namun, kepada cikgu-cikgu yang tidak sanggup menunggu buku saya…saya bersedia untuk memulangkan kembali wang cikgu-cikgu…saya tak sangka niat saya nak mudahkan kerja saya ngan cikgu-cikgu boleh jadi macam ni pulak…
 
terima kasih cikgu…
 
 
p.s: cikgu-cikgu boleh emel saya bagitau untuk tujuan kembalikan wang…
 
 
1 Comment

Posted by on 28 June 2012 in Buku Evidens PBS

 

Tags: , , ,

One response to “Masalah Dengan Pencetak.

  1. Cik Bintang

    5 July 2012 at 6:00 pm

    salam..sy berminat dgn buku tu..ni emel sy : nia_izz@yahoo.com.my

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: