RSS

Untuk Cikgu-Cikgu Jer, Ibu Bapa Macam Mana?

28 Jun

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!…dan Ibu Bapa!

saya memang respek ibu bapa yang mengambil berat tentang persekolahan anak-anak mereka..terutamanya mengambil berat tentang perkembangan akademik dan kokurikulum anak-anak mereka di sekolah…bukan yang hanya hantar anak ke sekolah supaya cikgu-cikgu boleh ‘babysit’ anak-anak mereka kerana mereka sibuk dengan kerjaya, bisnes dan sebagainya…inilah ibu bapa yang prihatin…cikgu-cikgu pun mudah nak berurusan dengan ibu bapa macam ni…
 
saya juga sangat terharu kerana buku evidens Band Up! mendapat sokongan yang menggalakkan daripada cikgu-cikgu…tapi saya tak sangka yang buku ni pun mendapat perhatian daripada golongan bukan cikgu-cikgu, iaitu ibu bapa prihatin…ada di antara pengunjung blog ini terdiri daripada ibu bapa prihatin yang bertanya kepada saya, bolehkan mereka dapatkan buku ini untuk anak-anak mereka?..saya bukan tak berminat menjual kepada ibu bapa prihatin, cuma kalau ibu bapa yang beli buku evidens ni, dia dah tak jadi PBS lagi, dia jadi PBR, Pentaksiran Berasaskan Rumah  :) ..kalau PBS ni dipantau oleh Lembaga Peperiksaan, saya tak tahu lembaga ape yang pantau PBR nih🙂..
 
kepada ibu bapa prihatin, buku evidens ni mengandungi latihan-latihan yang dirancang khas untuk menguji kemampuan akademik (band) anak-anak yang berada tingkatan 1…PBS ini akan menggantikan PMR dan keupayaan anak-anak melengkapkan latihan-latihan inilah yang menjadi asas kepada PBS, Pentaksiran Berasaskan Sekolah ni…kalau masa PMR, ibu bapa berbangga kerana anak-anak mereka mendapat 8A/9A dalam PMR, dalam PBS, ibu bapa berbangga kerana anak-anak mereka berjaya melengkapkan latihan-latihan di aras/tahap (dalam PBS dipanggil ‘band’) tertinggi…terdapat 6 tahap dalam PBS iaitu dari Band 1 (aras terendah) hinggalah Band 6 (aras tertinggi)..ibu bapa prihatin boleh merujuk sampel evidens dari buku untuk melihat bentuk-bentuk latihan dari band 1 hingga ke band 6…
 
jadi, kalau ibu bapa prihatin beli buku evidens ini untuk kegunaan di rumah, ianya kurang bermakna jika cikgu kepada anak ibu bapa prihatin tidak menggunakan buku evidens ini untuk tujuan PBS di sekolah..ia akan jadi amat bermakna, sekiranya cikgu kepada anak ibu bapa prihatin menggunakan buku evidens ini di sekolah, segala kejayaan anak dalam melengkapkan latihan-latihan akan direkodkan secara rasmi untuk penilaian di peringkat sekolah…ibu bapa prihatin boleh mendapatkan buku ini untuk tujuan membantu anak-anak mendapatkan idea, memberikan tunjuk ajar, membantu dengan cara yang sepatutnya (bukan tolong buatkan untuk anak yer..) terutamanya dalam melengkapkan latihan-latihan di band tinggi yang mungkin ibu bapa prihatin sendiri sukar untuk melengkapkannya…ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penglibatan ibu bapa prihatin dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak…
 
saya sarankan kepada ibu bapa prihatin berjumpa dengan pihak sekolah, terutamanya cikgu yang mengajar matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan supaya menggunakan buku evidens ini untuk tujuan PBS di sekolah….lebih bagus lagi, ibu bapa prihatin cadangkan kepada cikgu tersebut agar menggunakan peruntukan yang dikhaskan untuk pendidikan sivik bagi mendapatkan buku ini untuk kesemua murid-murid tingkatan 1, agar PBS dapat diselaraskan…peruntukan banyak, selalunya tak abis pakai pun, ada lebih kena pulang balik…jadi, baik duit tu pihak sekolah pakai untuk keperluan akademik murid-murid…
 
saya amat menggalakkan pandangan dan cadangan dari pihak ibu bapa prihatin…matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan sebenarnye sama penting dengan matapelajaran teras lain seperti sains, matematik, geogafi, sejarah…jika matapelajaran disebutkan tadi banyak menguji IQ anak-anak, matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan banyak menguji EQ anak-anak…terima kasih kepada ibu bapa prihatin.
 
 
 
Leave a comment

Posted by on 28 June 2012 in Buku Evidens PBS

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: