RSS

Apa Nak Buat Sementara Tunggu Buku..

29 Jun

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

10 Julai…ada lebih kurang seminggu lebih sket, baru buku evidens sampai pada saya dan cikgu-cikgu…bila saya rujuk balik pada sumber saya belajar terbit buku sendiri, perkara pencetak lewat siapkan buku ni biasa berlaku dan takde cara lain nak elakkan masalah ni kecuali dengan melakukan pemilihan syarikat pencetak dengan teliti sebelum memilih syarikat pencetak…mungkin untuk sesi tahun depan saya akan pilih syarikat pencetak yang lebih efisien..belajar daripada kesilapan..
 
ok cikgu…nak buat ape seminggu lebih sementara tunggu buku Band Up! nih?
 
1) bagi cikgu-cikgu yang belum start ape-ape lagi, cikgu-cikgu boleh rujuk sini untuk mula…”biar betul, ade ke yang belum start ape-ape lagi?” …eh, ade…tak percaya, cikgu cuba tanya rakan-rakan cikgu kat sekolah lain, suruh rakan-rakan cikgu kat sekolah lain tu, tanya rakan-rakan cikgu dia kat sekolah lain…paling kurang mesti ade satu…
 
2) kalau buku dah ade, boleh bagi buku kat murid-murid dan suruh mereka lengkapkan evidens…tapi pasal buku takde, tak boleh la nak start…jadi sekarang, ape yang cikgu perlu buat ialah lengkapkan dulu helaian rekod untuk fail perkembangan murid dan rekod transit cikgu-cikgu…lengkapkan macam mana?
kalau cikgu-cikgu guna helaian rekod fail perkembangan murid yang saya sediakan, terdapat 3 ruang kosong untuk diisi oleh cikgu-cikgu iaitu tarikh, skor dan sppbs…sehingga sekarang cikgu dah mengajar pendidikan sivik tingkatan 1 sampai unit berapa? katalah cikgu dah mengajar hingga unit 5, jadi cikgu tandakan √ (tick) pada ruang sppbs bagi evidens band 1 sampai band 3…buat untuk unit 1 hinggalah unit 5…macam tu jugak untuk rekod transit, cikgu tandakan √ (tick) pada ruang untuk evidens band 1 hingga band 3, untuk setiap unit yang cikgu sudah ajar…
saya cadangkan cikgu buat ni pasal rancangan saya bila dapat saje buku evidens, saya mahu cikgu-cikgu lengkapkan evidens band 1 hingga band 3 untuk unit-unit yang cikgu sudah ajar..bila dah settlekan band 1 sampai band 3 barulah cikgu start naik band 4 ke atas…tapi buku sampai lambat lagi, cikgu-cikgu siapkan dokumentasi yang lain-lain dulu…
 
3) lepas dah tandakan √ (tick) kat ruang sppbs ngan rekod transit, ada ruangan tarikh kat helaian rekod fail perkembangan murid tu… tarikh tu, tarikh cikgu-cikgu beri murid-murid evidens untuk dilengkapkan…untuk band 1 sampai band 3, murid-murid perlu lengkapkan evidens pada waktu itu jugak..untuk band 4, tugasan buku skrap diberi tempoh seminggu, jadi ada 2 tarikh untuk band 4, tarikh mula dan tarikh lengkap…tarikh lengkap yang cikgu kena letak kat ruangan tarikh tu…tarikh untuk band 5 dan band 6, tarikh bila murid-murid berjaya lengkapkan evidens pada bila-bila masa sepanjang tahun..
 
4) SPPBS…pagi tadi ada cikgu call saya tanya pasal buku Band Up! dah siap ke belum…saya pun ceritakan la ape yang berlaku…cikgu ni bagitau saya hari selasa minggu depan dah kena masuk markah dalam SPPBS, macam mana? alamak…saya pun tak tau ape-ape, pasal kat sekolah saya takde cerita ape-ape lagi pasal SPPBS ni…tapi hari isnin ni sekolah saya ade taklimat untuk SPPBS, mungkin masa ni kot baru nak bagitau…mungkin ade sesuatu akan berlaku la minggu depan berkaitan SPPBS ni, pasal malam ni saya nak masuk laman web Lembaga Peperiksaan pun tak boleh..nak masuk dari google pun tak dapat…ade benda la tu diaorang tengah prepare…
SPPBS nih cikgu, dia bukan macam SAPS ade markah nak kena masukkan…SPPBS ni, cikgu cuma perlu tandakan evidens mana yang pelajar dah lengkapkan…itu jer…jadi, kalau dia suruh masukkan ‘markah’ kat dalam SPPBS, cikgu cuma perlukan tandakan evidens-evidens untuk band 1 sampai band 3 macam yang cikgu-cikgu dah buat kat langkah 2 tadi…
 
itulah dia cikgu-cikgu…ape yang saya dan cikgu-cikgu boleh buat dulu sementara tunggu buku Band Up! sampai…saya akan cuba push pencetak tu kalau boleh sebelum 10 Julai tu dah boleh hantar…
 
 
Leave a comment

Posted by on 29 June 2012 in Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: