RSS

Terbitkan Sendiri Buku.

30 Jun

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

saya mengambil masa lebih kurang 2 bulan iaitu awal april ke akhir mei untuk siapkan kesemua 47 evidens….dan untuk memastikan buku evidens dapat diterbitkan dan diedarkan kepada cikgu-cikgu dengan secepat mungkin, saya telah bertindak menerbitkan buku ini sendiri tanpa melalui syarikat-syarikat penerbitan buku….jika melalui syarikat penerbitan buku, paling awal buku evidens ni boleh sampai kepada cikgu-cikgu pun mungkin tahun depan…jadi, bila 10 Julai buku sampai, maknanye buku evidens ni mengambil masa 3 bulan lebih untuk sampai kepada cikgu-cikgu daripada tarikh dokumen standard prestasi dikeluarkan iaitu 15 Mac 2012…
 
menerbitkan sendiri buku bukanlah suatu yang mustahil untuk orang-orang biasa macam saya ngan cikgu-cikgu…semua orang boleh buat sebenarnye tapi perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak yang mengendalikan urusan penerbitan di negara kita iaitu Perpustakaan Negara Malaysia…saya belajar cara nak terbitkan buku sendiri ni daripada saudara Nazrul Samsudin, orang penting di syarikat PTS yang hasilkan sebuah buku tentang cara untuk menerbitkan buku sendiri, dan saya ada google di internet dan jumpa beberapa blog yang ada tunjukkan cara nak terbitkan buku sendiri…jadi, saya gunakan maklumat-maklumat  tu dan Alhamdulillah, buku evidens ni dah berjaya diterbitkan….
 
saya pun galakkan cikgu-cikgu hasilkan buku dan terbit sendiri buku cikgu…saya nampak ini adalah satu cara yang paling bagus untuk cikgu-cikgu tambahkan pendapatan cikgu..cikgu pun dah ada customer yang akan pakai buku cikgu tu, iaitu murid-murid cikgu…kalau cikgu rajin, cikgu mungkin boleh pasarkan buku cikgu-cikgu ke sekolah-sekolah lain pulak…saya rasa cikgu, kalau cikgu gunakan kepakaran cikgu, hasilkan buku dan buku itu digunakan di sekolah cikgu untuk matapelajaran yang cikgu ajar, cikgu akan jadi tambah bersemangat untuk mengajar…lagipun, tambah pendapatan dengan cara jual buku yang cikgu sendiri hasilkan dan kemudian gunakan untuk tujuan PnP di sekolah adalah lebih sesuai, jelas muamalatnya (jual produk = buku), tak mengganggu kerja utama cikgu iaitu mengajar…
 
kalau cikgu-cikgu berminat nak hasilkan buku cikgu boleh gunakan khidmat saya untuk menerbitkan buku cikgu-cikgu…saya tahu cikgu-cikgu ada banyak skil-skil lain yang cikgu boleh ketengahkan dan cikgu kongsikan dengan hasilkan buku berkaitan perkara tersebut, cikgu-cikgu nak hasilkan novel ker, buku panduan ke…InsyaAllah, takde masalah bahan kena reject punya pasal cikgu-cikgu keluarkan duit cikgu sendiri untuk hasilkan buku dan saya akan bantu dalam penerbitan, pencetakan dan pemasaran buku-buku cikgu…jom cikgu, buat buku…
 
 
p.s: masa terbitkan buku ni la baru saya dapat tahu Perpustakaan Negara tak buka hari isnin, tapi hari ahad buka pulak..
 
 
 
12 Comments

Posted by on 30 June 2012 in Tips Untuk Cikgu

 

Tags: , , ,

12 responses to “Terbitkan Sendiri Buku.

  1. sivik

    1 July 2012 at 9:34 pm

    sangat berminat la ckgu..kalau sy jd agen untuk buku cgu camner?hehe..

     
    • Cikgu Sivik

      2 July 2012 at 3:00 am

      setakat ni, cikgu-cikgu yang order tu la merangkap ejen saya…kecil-kecilan jer cikgu, bukan syarikat besar…InsyaAllah, kalau murah rezeki, banyak sekolah kat malaysia pakai buku ni, bole la kot pakai ejen…

       
      • sivik

        6 July 2012 at 11:27 pm

        sykt yg besar skg ni pon sbb mula dr kecil2an la kan..awl2 ni kna amk peluang. xpe, sy sudi klo nak tlg apa2..contact je email sy ye🙂

         
      • Cikgu Sivik

        7 July 2012 at 3:57 am

        betul ape cikgu cakap… biarlah kedai buku untung jual alat tulis, novel, dictionary, kamus, buku panduan dan banyak lagi.. kita cikgu-cikgu biarlah dapat sikit untung hasil buku kerja yang kita hari-hari guna..

        itu saya punya idea la cikgu.. InsyaAllah, pendidikan moral dan sejarah akan menyusul..

         
    • siti aisyah

      27 August 2012 at 3:38 pm

      saya berminat utk belajar buat buku sendiri.bagaimane utk saya hubungi cikgu?

       
  2. budakbodoh

    5 December 2012 at 5:36 pm

    sayapun nak belajar cikgu. saya dah faham peringkat suntingan aja, lepas tu ke laut…

     
  3. awang alifah

    6 January 2013 at 2:19 pm

    saya seorang guru. saya menulis dan ada banyak bahan. sangat berminat menerbitkan buku pertama saya. boleh bantu saya tak. email saya di awangalifah@yahoo.com

     
  4. Juliana bt Muhaammad Tajuddin

    23 June 2013 at 8:27 pm

    saya ada bahan yang menarik..dapat banyak respon yang positif dikalangan guru2 dan ada yang mencadangkan supaya saya terbitkan buku untuk bahan2 saya.. jadi, saya nak minta pendapat dan bantuan daripada cikgu ni, boleh? macam mana saya boleh hubungi cikgu? ini email saya missjulie2602@yahoo.com

     
  5. liyana

    27 June 2013 at 10:29 am

    Salam saya ada cita2 ingin terbitkan buku islamic utk kanak2…apakah langkah pertama yg perlu saya lakukan?

     
    • Cikgu Sivik

      29 June 2013 at 2:44 pm

      salam cikgu, langkah pertama ialah cikgu kena siapkan dulu bahan-bahan utk buku cikgu tu, susun bahan2 tu utk jd mcm buku yg cikgu nak hasilkan..

       
  6. leen

    8 July 2013 at 10:20 pm

    Sesiapa perlukan designer kulit buku atau layout buku contact sya

    0193360554 as

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: