RSS

Mudahnye SPPBS – Panduan 2

03 Jul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

perkara pertama yang cikgu nak lakukan selepas login ke dalam sistem SPPBS ialah mendaftarkan kelas PBS yang cikgu ajar…kerja pendaftaran adalah mudah kerana kebanyakan kerja telah dilakukan oleh SU PBS sekolah dan guru data yang bertanggungjawab untuk sistem APDM..
 
Langkah 1 = cikgu login ke dalam sistem SPPBS menggunakan “Nama Login” dan “Kata Laluan” cikgu..
ini adalah laman pertama sistem SPPBS selepas cikgu login, memaparkan maklumat sekolah cikgu..di sebelah kiri paparan sistem SPPBS terdapat beberapa baris menu untuk kegunaan cikgu…
 
Langkah 2 = cikgu klik sekali pada menu “Murid” dan menu “Daftar Mata Pelajaran” akan keluar…cikgu klik sekali pada menu “Daftar Mata Pelajaran” dan cikgu akan dibawa ke sini…
  
ini adalah paparan daftar mata pelajaran dimana cikgu dikehendaki memilih tahun, tingkatan, kelas dan mata pelajaran yang cikgu ajar..
selepas cikgu buat pilihan yang berkaitan dengan kelas cikgu ajar, cikgu klik sekali pada butang “Cari”…
 
Langkah 3 = cikgu akan dibawa ke sini…memaparkan nama murid-murid kelas yang cikgu telah pilih di langkah 2 tadi…
cikgu perhatikan di bahagian hujung kanan senarai nama murid-murid terdapat ruangan “Pilih”…ruangan ini telah di”tick”kan menunjukkan murid ini mengambil matapelajaran ini, jika murid tidak mengambil matapelaran ini (contoh: bahasa cina, kemahiran hidup), cikgu boleh klik ruangan pilih tersebut untuk hilangkan tanda “tick” tersebut..
bila cikgu skrol hingga ke bawah paparan, cikgu akan nampak butang “Daftar” di bawah ruangan “Pilih” ..untuk mendaftarkan kelas ini bagi matapelajaran ini, cikgu hanya perlu klik sekali pada butang “Daftar” itu dan ia akan didaftarkan dalam sistem SPPBS…sebelum itu cikgu perlu memastikan jumlah murid-murid yang didaftarkan bagi kelas tersebut tepat dengan melihat pada pernyataan “Rekod hingga 24 daripada 24” yang bermaksud bilangan murid yang didaftarkan bagi kelas tersebut adalah betul 24 orang murid…jika tidak cikgu perlu memaklumkan kepada SU PBS/guru data APDM, terdapat murid tercicir dalam sistem SPPBS bagi kelas tersebut…ini mungkin berlaku sekiranya terdapat murid baru masuk dan sistem APDM tidak dikemaskini..
 
Langkah 4 = bila cikgu dah klik pada butang “Daftar”, kelas dan matapelajaran tersebut telah didaftarkan..cikgu akan dapati ruangan “Pilih” telah di “block” dan cikgu tak boleh buat apa-apa lagi untuk ubah ruangan “Pilih”..
jika cikgu skrol ke bawah paparan, cikgu akan dapati butang “Daftar” di bawah ruangan “Pilih” juga telah hilang..butang “Daftar” ini akan muncul kembali jika ada murid baru didaftarkan oleh sistem APDM dan cikgu dikehendaki mendaftarkan murid tersebut dengan cara cikgu klik kembali butang “Daftar” tersebut..
cikgu juga akan nampak ruangan mesej “Murid telah didaftarkan”…
 
cikgu boleh terus mendaftarkan untuk kelas-kelas lain dengan memilih kelas lain, matapelajaran lain dan klik pada butang “Cari” dan ulang langkah-langkah mendaftar yang telah diterangkan tadi..
 
mudahnye sppbs…
 
 
 
 
 
1 Comment

Posted by on 3 July 2012 in Panduan SPPBS

 

Tags: , , , ,

One response to “Mudahnye SPPBS – Panduan 2

  1. diana

    12 July 2013 at 12:34 am

    terima kasih cikgu atas info…sbg guru baharu, blog ini sgt membantu terutamanya dalam mengajar sivik…TQ

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: