RSS

Mudahnye SPPBS – Panduan 3

05 Jul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

bila cikgu dah daftarkan kelas dan matapelajaran cikgu, inilah masanye cikgu kena masukkan “markah” pbs sivik cikgu ke dalam sistem SPPBS…mudahnye sistem SPPBS ni, dia tak macam sistem SAPS di mana cikgu kena masukkan markah dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan, kalau tidak cikgu akan dapat “warning” dari SU peperiksaan/pengetua….sistem SPPBS dibuka sepanjang sesi persekolahan dan cikgu boleh masukkan markah untuk bulan-bulan yang telah lepas, malah bulan-bulan yang akan datang pun boleh…cikgu bukan masukkan markah pun, cuma “tick” pada evidens-evidens yang sudah dilengkapkan murid-murid, itu saje…
 
Langkah 1 = untuk masukkan “markah”, cikgu login dan masuk ke laman utama…
inilah adalah laman utama dan di bahagian kiri terdapat beberapa baris menu untuk kegunaan cikgu..
 
Langkah 2 = cikgu klik sekali pada menu “Kemasukan Prestasi” dan cikgu akan dibawa ke sini…
paparan “Kemasukan Prestasi” lebih kurang sama macam kalau cikgu masuk dalam menu “Daftar Mata Pelajaran” cuma di sini ada tambahan pilihan untuk “Bulan”…ini untuk membolehkan cikgu memilih bulan mana cikgu mahu masukkan prestasi murid-murid…
kotak ni akan muncul kalau cikgu terlupa nak pilih “Bulan” tapi dah tekan butang “Cari”…cikgu tekan butang “OK” tu dan pilih bulan untuk masukkan prestasi murid-murid baru lah cikgu tekan butang “Cari” tu…
 
 
Langkah 3 = cikgu akan masuk ke kelas, matapelajaran dan bulan yang cikgu pilih…
nama murid pertama dalam senarai kelas akan dipaparkan beserta dengan senarai penuh evidens untuk matapelajaran yang cikgu pilih, dari band 1 hinggalah ke band 6…di sini adalah contoh paparan bagi pendidikan sivik tingkatan 1…
bila cikgu halakan cursor tetikus cikgu ke setiap kod evidens, cikgu boleh mendapatkan info berkaitan deskriptor dan evidens bagi kod evidens yang cikgu pilih…
 
 Langkah 4 = sekarang masa untuk cikgu pilih evidens mana yang murid-murid telah lengkapkan untuk bulan tersebut, dalam contoh ni bulan januari..
kata lah pada bulan januari murid-murid telah melengkapkan B1D1E1 dan B2D1E1…jadi, cikgu klik pada  kotak “Prestasi Keseluruhan” bagi B1D1E1 dan B2D1E1, dan cikgu klik sekali pada butang “Simpan”..
kotak ni akan keluar lepas cikgu klik pada butang “Simpan”…sistem SPPBS mahukan kepastian cikgu pasal lepas cikgu klik butang “OK”, cikgu dah tak boleh buat apa-apa perubahan lagi…cikgu pun klik “OK”..
B1D1E1 dan B2D1E1 yang cikgu dah pilih tadi akan di “block” dan telah termaktub di sistem SPPBS sebagai prestasi murid-murid untuk bulan januari…
 
Langkah 5 = cikgu klik sekali pada butang “Rekod Selepas” dan cikgu dibawa ke murid kedua dalam senarai kelas dipilih… 
cikgu ulang balik Langkah 4 untuk semua murid-murid kelas dipilih..
 
kalau cikgu mengajar matapelajaran yang sama untuk beberapa kelas, cikgu boleh pilih “Kelas”  cikgu yang lain di Langkah 3 dan klik butang “Cari” ,dan ulang Langkah 4 untuk kelas-kelas cikgu yang seterusnya…
 
Mudahnye SPPBS…
 
 
 
 
 
 
4 Comments

Posted by on 5 July 2012 in Panduan SPPBS

 

Tags: , , , , ,

4 responses to “Mudahnye SPPBS – Panduan 3

  1. Nurul 'Ain

    6 July 2012 at 1:06 am

    saya sgt2 berminat dgn buku cikgu tu..blh saya tempah melalui cikgu? bagaimana blh saya hubungi cikgu?

     
  2. nurhafieshya

    8 July 2012 at 2:56 am

    assalam, blog cikgu sgt membantu..tq n sy ada 1 soalan kita kena bermula dari bulan januari yer padahal sistem ni baru mula bulan april..macamna ek???tlg jelaskan..tq

     
    • Cikgu Sivik

      8 July 2012 at 6:52 am

      salam cikgu nurhafiesya…
      walaupun sistem baru bermula bulan april, cikgu kena masukkan data sppbs mula dari bulan januari..semua matapelajaran kena buat camtu..
      jadi saya tengah nak meng ‘adjust’ kan untuk cikgu-cikgu evidens mana untuk bulan mana yang sesuai..
      matematik mudah dia, satu minggu, satu kelas sivik, satu evidens…jadi cikgu letak evidens ikut minggu dari evidens band 1 sampai band 6..
      tapi bila dalam sppbs, cikgu cuma masukkan data untuk evidens band 1 sampai band 3 jer dulu…band 4 sampai band 6 tu nanti dulu..

      cikgu nurhafiesya tak bagi saya lagi maklumat cikgu kat saya…camna saya nak hantar buku nanti..

       
  3. Asiah Nam

    15 July 2012 at 3:46 am

    Assalamualaikum cikgu sivik..saya berminat untuk beli buku tu..mcm mana sy order yer?untuk rujukan saya sahaja dulu….saya dari Tawau, Sabah..saya harap cikgu boleh respon….- cikgu Asiah

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: