RSS

Masalah Dengan Pencetak (The End).

08 Jul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

saya telah menghadapi masalah dengan pencetak untuk buku Band Up sivik dan cerita terperinci boleh di baca di sini…nampak gaya pencetak ni memang betul-betul bermasalah dengan mereka telah membuatkan saya betul-betul berserabut dan kelam-kabut pada 2 hari lepas…Jadi, hari sabtu lepas saya telah tukar pencetak lain, pencetak dari melaka dan saya telah pergi ke pejabat dan kilang pencetak tersebut dan terus berurusan dengan tuan punya syarikat pencetak..Percetakan Hamid Bersaudara dari Taman Peringgit Jaya, Melaka…walaupun nama syarikat tak glamour tapi mereka jujur dan sedia membantu… 
 
jadi, saya dan cikgu-cikgu yang dah tempah dan yang akan tempah, kita semua kena tunggu lagi seminggu…iaitu pada 17 hb Julai, hari Selasa sampai pada saya..jadi cikgu-cikgu yang dah dan akan tempah akan dapat pada seawalnya pada 18 hb Julai, iaitu hari Rabu..
 
apa yang telah berlaku?…Begini kisahnyer……..
 
saya telah dijanjikan oleh pencetak bermasalah buku siap pada 10 Julai…tp, sy ade merayu skit la kalau boleh cepat la sket pasal semua cikgu-cikgu dah tunggu buku ni…so, selang beberapa hari isteri saya follow up dan ejen pencetak tu cakap sampai 7 Julai…isteri saya siap tanya confirm ke? nanti kata kena tangguh lagi macam hari lepas..ejen tu cakap confirm pasal dia dah check kat sistem dia, tunjuk delivery on 7 July…kalau camtu best la pasal dapat awal sket…saya pun ape lagi, mengkhabarkan la berita ni kat cikgu-cikgu yang dah tempah..
 
malam jumaat lepas, balik dari sekolah saya dapat call dari pejabat pencetak ni bgtau bahan yang saya hantar untuk cetak ada masalah…..haaa??! saya bagitau dia ape citer sebenar sampai dia tergagap, dia bagitau nanti dia call balik…tak call pun…saya call ejen dia, rupanye dia pun tengah kelam kabut…ejen tu pun ingat dah nak delivery tapi bila check sistem dia balik, pending rupanyer…7 Julai esok, tapi buku tak cetak lagi…saya geram la, saya call HQ dia, tak angkat, call semua nombor telefon yang ada kaitan dengan pencetak ni, pun tak angkat…ah sudah, kena tipu ker…saya call ejen tu balik, dia pun call bos dia bos dia tak angkat…seriusnye masalah pencetak ni..
 
ejen ni pun rasa bersalah dia bagitau saya dia akan carikan pencetak lain untuk saya yang boleh siapkan cepat…dia kata dia akan tambah duit dia kalau ada penambahan kos…sy pun ok je la…jadi, hari jumaat tu dia bagitau saya dia dah jumpa pencetak lain dan bagitau dia boleh siapkan cepat, hari Rabu depan 11 Julai boleh siap…fuh lega betul, masa tu la…saya pun tanya dia ada penambahan kos tak? dia kata ada pasal tu la boleh siap cepat…saya tanya satu buku berapa dia ambil?…RM5.80….
Haaaa??!! saya jual satu buku RM5, jadi saya rugi 80 sen setiap buku saya jual…kalau 1000 naskah, dah RM800 saya rugi…saya nak tergelak pun ade, nak marah pun ade bila dia jawab dengan selamba nye…”takpe cikgu, awal-awal ni kita rugi takpe pasal kita nak cepat kan..nanti tahun depan bila dah settle, kita boleh fikirkan untung pulak”…nasib baik la dia cakap kat telefon, kalau tak dah kena rotan dan ejen nih..
 
tak boleh jadi…hari jumaat tu, saya pun ada call beberapa pencetak…tanya boleh tak siapkan cepat…takde, semua kena ambil masa 7 – 10 hari dan harga semuanye lebih mahal daripada pencetak masalah ni..ada satu pencetak tu, nak ambil RM10 untuk satu buku, bukan cetak digital pun, cetak biasa jer (pencetak ni boleh hidup pasal dia dapat tender cetak buku-buku untuk klinik2 kerajaan kat area muar)…tak dapat kat muar, saya pergi dekat sikit ngan saya, kat melaka…pada lebih kurang pukul 12.00 malam tu jumpa la Percetakan Hamid Bersaudara ni, itu pun pakai Mudah.my jer…saya call nama dia bagi kat mudah.my tu…cerita sket pasal masalah saya, saya cakap saya nak datang sekarang jumpa dia boleh tak? dia kata ok….masa tu dah nak dekat pukul 1..malam tu, saya ngan isteri saya pegi melaka…
 
tak pernah pegi taman peringgit jaya, saya pakai gps…laa, rupannye dekat je ngan jaya jusco, melaka sentral, tesco…selalu pegi sini tapi tak tau plak taman peringgit jaya dekat jer…jumpa ngan Encik Hamid, tuan punya…yang saya call td anak dia Hafiz, dia ingat saya nak datang esok, tu yang dia ok jer..Hafiz ni siap kejut lagi ayah dia bangun tido cakap saya nak jumpa…bagus betul la..jadi, saya story la masalah saya dan dia sanggup tolong, bagi harga yang sama, kualiti yang sama macam pencetak masalah…tp, masa siap masih lagi standard 7 – 10 hari…alamak, kena tunggu satu minggu lagi la nampaknye…saya pun on lah..
 
sampai rumah nak dekat pukul 2.30…isteri saya cepat tido, saya plak susah nak tido..pasal esok pagi sabtu ade senamrobik ngan mesyuarat pbs kat sekolah…senamrobik utk cikgu-cikgu, training untuk senamrobik 10 Julai..
 
masalah pencetak….The End..
 
 
Leave a comment

Posted by on 8 July 2012 in Buku Evidens PBS

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: