RSS

Minggu Yang Sibuk Dan Mencabar.

24 Jul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

minta maaf la cikgu-cikgu semua pasal lama tak update blog ni…tapi cikgu-cikgu jangan risau, saya masih giat mengedarkan buku Band Up! kepada cikgu-cikgu yang berminat di seluruh Malaysia…setakat ni boleh katakan buku ni dah pergi ke seluruh Malaysia kecuali beberapa negeri iaitu Melaka (jiran sebelah je), Terengganu dan Perlis…terima kasih kepada cikgu-cikgu dan sekolah-sekolah yang telah mendapatkan buku Band Up! dan diharap ia dapat melancarkan PBS sivik cikgu-cikgu dan sekolah-sekolah yang berkenaan..
  
seperti cikgu-cikgu lain, saya pun baru mulakan PBS sivik di sekolah saya dengan menggunakan buku Band Up!..saya mengajar 3 kelas sivik tingkatan 1 (semua kelas tingkatan 1 di sesi petang sekolah saya), jadi PBS sivik di sekolah saya, sayalah yang bolot semua…di sesi pagi ada 2 kelas dan 2 kelas tersebut diajar oleh seorang guru sesi pagi..semuanya 2 orang cikgu je untuk PBS sivik di sekolah saya…
 
 
 sekarang ni tengah sibuk menanda evidens dalam buku Band Up!…saya nak mengucapkan terima kasih kepada diri saya sendiri kerana telah menghasilkan buku ni…pasal buku ni memang memudahkan kerja PBS sivik saya…bayangkan cikgu, 1 evidens band 1 dan 2 evidens band 2 dapat selesai ditanda dalam masa lebih kurang setengah jam untuk 2 kelas…untuk pengetahuan cikgu, saya pun terlibat dengan PBS matematik…1 evidens band 1 untuk satu kelas dah seminggu tak siap tanda lagi, dan murid-murid kena betul semua baru lepas, kalau tak kena bagi satu lagi evidens band sama tapi mudah sikit…susah la…
 
minggu ni jugak ada macam-macam kerja yang datang dan buatkan sangat sibuk dan mencabar…selain PBS sivik dan matematik, saya juga terlibat dengan PBS segak untuk pendidikan jasmani…saya tak mengajar pendidikan jasmani, tapi data segak ni perlu dimasukkan oleh guru kelas, jadi saya kena buat la…siapa yang kena buat segak ni, tau la betapa leceh nye nak masukkan data segak ke sistem SPPBS ni…kalau masuk markah ke SAPS tu susah, segak ni susah dia SAPS x5…lepas tu sekolah saya baru lepas buat Ujian Setara untuk semua tingkatan, tingkatan 1 pun kena jugak…PBS lagi, ujian lagi…nak kena tanda evidens PBS lagi, nak kena tanda kertas ujian lagi…dan yang terbaru, kena buat kajian tindakan pulak dah…1 Guru, 1 Kajian Tindakan…4 hb 8 ni nak kena hantar…mengada-ngada la…
 
internet kat rumah plak tak berapa mantap, tu yang susah nak update blog tu cikgu…
 
ps: sapa-sapa cikgu yang ada kajian tindakan untuk sivik, matematik atau sains…boleh pinjam🙂 ?
 
 
10 Comments

Posted by on 24 July 2012 in Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , ,

10 responses to “Minggu Yang Sibuk Dan Mencabar.

  1. rafizah

    25 July 2012 at 11:48 pm

    Buku saya dah sampai..tapi buku student belum lagi…tak sabar nak bagi kat student ni..diorang pun tengok buku tu..asyk tanya jer..cikgu, bila kami boleh dpt buku tu….

    saya nak tanya sikit la pasal segak tu…sayaa tak la terlibat utk isi segak tapi kawan2 la….dah boleh mula key in kat sistem ker? sistem yg sama mcm kita isi sppbs tu ker?

    opppsss..terlupa lak..nak ucap JUTAAN TERIMA KASIH sebab berusaha siapkan buku ni…memudahkan kerja kami..moga diramati Allah selalu dan mendapat keberkatan atas usaha ini..

     
  2. Cikgu Sivik

    26 July 2012 at 3:05 am

    terima kasih cikgu…
    td sy check tracking pos malaysia, bungkusan buku untuk pelajar cikgu baru sampai pejabat pos jitra pukul 7.58 pagi, hari ni 26 Julai…rasanye hari ni dapat kot…lambat pasal pakai parcel..4 hari bekerja..

     
  3. rafizah

    26 July 2012 at 6:58 am

    ok tq..buku2 tu dah sampai sekolah..pejabat call..masa tu dah on the way balik rumah…so, ahad ni la baru nak tngok dn edarkan kepada pelajar…..nanti saya uruskan invois tu…

     
  4. Nurulhuda binti Ali @ Hasim

    14 August 2012 at 2:36 pm

    saya nak order buku ni, please response asap.. saya x start pape lg, ckgu sek yg g kursus pon dia join sehari je sbb sakit mata dorg soh balik so dia kurang tahu sket psal ni so mntak tlg sgt2 la saya nak beli buku ni.. email saya ismieda@gmail.com.. saya tinggal di negeri sembilan.. saya check kat popular n mph blum ade buku ni.. uhuhu…

     
  5. noor hazwani binti abd wahab

    27 August 2012 at 2:12 am

    salam. saya nak maklumat tentang buku ni….boleh emel saya: sis_ilham@yahoo.com

     
  6. ROSLINA

    4 September 2012 at 6:10 am

    bestnye kl dapat beli buku band up!bo bgtau camna nk order buku ni…

     
  7. eda_raziq

    30 September 2012 at 12:55 pm

    xdpt nk key in smpai arini SEGAK tu..dia tulis error pd server la apa la dh giveup try ari2..smpai ke arini last day…:(

     
    • Cikgu Sivik

      1 October 2012 at 4:27 pm

      kalau x silap sy, diaorg tengah pindah sppbs ke server baru…mungkin sebab tu kot..
      sy punye dah selamat dah, dua2 penggal dah siap…

       
  8. Zoulsham

    22 October 2012 at 1:12 am

    Bagus idea cikgu ni… Saya terpanggil untuk buat Pendidikan Seni punya.. boleh bagi tips : )

     
  9. sazrini

    8 March 2013 at 10:12 am

    cikgu sivik, camne nak order buku nih? saya ada bagitau KP PSK, dia pun cam interested nak order.. boleh tak emailkan cara nak order ke. TQ

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: