RSS

Panduan Jawapan Buku Band Up!

26 Jul

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

ada cikgu yang dah dapatkan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 bertanya kepada saya tentang skema jawapan untuk buku ni…sebenarnya kalau ada pun skema jawapan, saya rasa kat skema tu akan sebut “terima jawapan yang sesuai dari murid”…jadi boleh dikatakan buku ni tiada skema jawapan, tapi saya boleh berikan panduan jawapan di mana cikgu-cikgu boleh rujuk pada buku teks di mana jawapan-jawapan boleh diperolehi kerana saya menghasilkan evidens-evidens di dalam buku ni dengan berpandukan kepada buku teks dan dokumen standard prestasi saja..
 
Namun demikian, tak banyak evidens yang memerlukan murid merujuk kepada buku teks untuk mendapatkan jawapan kerana pendidikan sivik bukan mengajar fakta macam matapelajaran sains, sejarah, matematik, tapi mengajar cara yang terbaik untuk murid membawa diri dalam masyarakat sekeliling…tapi di sini saya akan tunjukkan kepada cikgu-cikgu evidens mana yang perlukan murid-murid rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan…
 
UNIT 6 = Cerita Rakyat Pelbagai Kaum
 
B1D4E1 : murid dikehendaki menyatakan jenis-jenis cerita rakyat pelbagai kaum… jenis-jenis cerita rakyat seperti yang dikehendaki oleh buku teks boleh didapati pada teks perbualan di mukasurat 70 dan 71 dalam buku teks.
 
B2D5E1 : murid dikehendaki memberikan contoh-contoh cerita rakyat pelbagai kaum…dalam buku teks sudah diberikan satu contoh untuk setiap kaum…namun murid dikehendaki memberikan yang selain daripada yang sudah diberikan dalam buku teks…cikgu boleh bawa murid-murid ke perpustakaan dan untuk selesaikan evidens ni, murid-murid boleh mencari buku-buku cerita rakyat di perpustakaan…
 
saya cadangkan cikgu-cikgu masa hendaklah selesaikan evidens untuk unit 6 ni, cikgu bawak murid-murid pergi perpustakaan…jadi, murid-murid boleh dapatkan jawapan dari buku-buku cerita rakyat yang terdapat di perpustakaan…pasal nanti ada evidens yang murid kena buat sinopsis cerita rakyat, cari pengajaran dari cerita rakyat dan kena buat buku skrap untuk cerita rakyat…
 
UNIT 7 = Kerajaan Demokrasi
 
B2D6E1 : murid kena terangkan maksud demokrasi dengan cara melengkapkan peta minda…jawapan untuk evidens ini boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86.
 
B2D6E2 : murid kena senaraikan prinsip-prinsip kerajaan demokrasi…jawapan untuk evidens ini juga boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86..
 
UNIT 8 = Kesinambungan Kesejahteraan Rakyat
 
B1D6E1 : murid kena nyatakan jenis cabaran kesinambungan kesejahteraan rakyat…jawapan untuk evidens boleh didapati pada teks ucapan di dalam buku teks di mukasurat 94 dan 95…
 
B2D7E1 : evidens ni merujuk kepada aktiviti 8B mukasurat 98 dalam buku teks…senaraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat sejahtera…tapi ada 4 ciri jer…jadi saya buat murid kena bagi apa yang dimaksudkan dengan setiap ciri tu…terima je lah jawapan yang sesuai dari murid-murid…
 
————————————————————————————————————————————————-
 
itu jer cikgu, evidens yang kena rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan…yang lain-lain semuanya sama ada jawapan dari murid-murid atau murid kena hasilkan buku skrap, aktiviti berkumpulan dan aktiviti luar…ini saya rasa akan lebih memudahkan cikgu-cikgu terutamanya bila nak semak evidens-evidens yang telah murid-murid lengkapkan…
 
di bawah ni saya sertakan contoh evidens yang telah dilengkapkan salah seorang murid saya…murid ni datang dari kelas murid-murid yang hardcore…contohnya evidens lengkapkan biodata diri tu, no kp dia tak tau, jantina dia tak tau, bangsa pun dia tak tau, cita-cita lagi la tak tau…tapi saya terangkan kat dia tiap-tiap satu barulah dia faham ape benda tiap-tiap satu tu…dan dia boleh jawab dengan baik, mengikut kefahaman dia🙂
 
  
 
 jadi, saya rasa kalau murid-murid yang lebih terampil, takkan ada masalah untuk lengkapkan evidens
hingga ke band 3 dan seterusnya…
 
4 Comments

Posted by on 26 July 2012 in Pengurusan Evidens PBS

 

Tags: , , , ,

4 responses to “Panduan Jawapan Buku Band Up!

  1. haslinda

    27 July 2012 at 1:46 am

    assalam…cikgu, saya nak tanya, bagaimana nak order buku ni?

     
  2. Azif Fahmi

    1 August 2012 at 6:13 am

    Mana hendak cari di Bookstore area utara (Kedah & Penang)?

     
  3. Cikgu Amir

    6 September 2012 at 12:13 am

    Assalamua’laikum Cikgu Sivik,

    Saya nak bertanya, bagaimana nak order buku nie. Memang senang skiranya ada satu panduan yang memudahkan kerja guru. Sekarang nie semua manual. Setiap guru membuat evidence sendiri.

    Cikgu Amir
    http://facebook.com/amirazros
    amirazros@yahoo.com

     
  4. virus

    30 January 2013 at 11:03 pm

    ada jual kat kedai2 buku area perak x? Ipoh,teluk intan,manjung n kawasan2 sekitar yg berhampiran?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: