RSS

Cikgu, Masa Dah Nak ‘Time’…

04 Oct

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu…

selamat bulan oktober kepada cikgu-cikgu sekalian…sesi persekolahan 2012 sudah semakin hampir ke penghujung dan masa untuk cikgu-cikgu nak buat PBS pun dah nak ‘time’ dah…seafdalnye cikgu-cikgu sudah nak tamat selesaikan evidens-evidens untuk budak-budak dan tinggal nak update fail perkembangan murid dan jugak SPPBS…tapi, cikgu-cikgu yang masih banyak lagi yang belum siap, diharap dapatla meningkatkan usaha supaya dapat disiapkan jugak tahun ni…bukan ape, takut jadi macam KSSR, PBS untuk sekolah rendah, tahun lepas tak siap, kena sambung siapkan tahun ni…jadi kalau cikgu-cikgu tak siapkan tahun ni, takut kena sambung tahun depan plak…tahun depan kena buat untuk 2013 plak, ade untuk tingkatan 2 plak..banyak keje cikgu…kepada yang langsung tak buat ape-ape lagi, banyak-banyak la solat taubat dan solat hajat ye cikgu🙂
 
bagi saya, saya tinggal nak siapkan tanda beberapa evidens yang belum siap tanda…pastu nak update fail perkembangan murid ngan SPPBS…minggu depan takde kat sekolah pasal saya kena jaga PMR, ketua pengawas lagi cikgu, kena buat soalan peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 1 lagi walaupun dah ada PBS, nak kena tanda kertas peperiksaan lepas abis periksa akhir tahun, pastu ade PSKPP plak pasal saya wakil untuk skuad tenis muar…fuhh…
 
cikgu-cikgu macam mana?
 
Sekian..
 
 

Tags: , ,

6 responses to “Cikgu, Masa Dah Nak ‘Time’…

  1. CHIEW PING LIEW

    4 October 2012 at 11:59 am

    bagaimana saya hendak membeli buku band up PSK Tingkatan 1? Saya berminat. Kalau kita menggunakan buku itu, selepas murid menjawab, adakah kita perlu fotostat semula evidens dalam buku kerja itu? DEngar khabar satu kertas satu soalan sahaja. Adakah eviden dalam buku kerja itu dicetak depan dan belakang dalam satu muka surat? Sekiranya satu kertas satu soalan, saya harap buku kerja itu dicetak satu muka surat sahaja pada masa akan datang dan kertas itu boleh diceraikan dari buku kerja untuk disimpan dalam fail perkembangan murid. Date: Thu, 4 Oct 2012 05:31:49 +0000 To: liewchiewping@hotmail.com

     
    • Cikgu Sivik

      5 October 2012 at 1:45 pm

      terima kasih cikgu kerana bertanya…
      memang PBS ni ade mcm2 versi cikgu, lain subjek, lain versi, lain skolah, lain versi…tp, untuk PBS sivik yg guna buku band up, ianya versi yg mudahkan cikgu nak buat PBS.
      evidens dlm buku band up disusun ikut topik dalam buku teks, jadi dalam unit 1 shj sudah ada evidens band 1 hingga ke band 6..
      jd bila cikgu masuk kelas utk pnp, di segmen akhir cikgu akan edarkan buku band up kpd pelajar2 dan beritahu evidens ms brp dan minta pelajar2 selesaikan, cikgu kutip buku, kemudian cikgu semak jawapan pelajar dan berikan skor, pelajar yg dpt jawab 50% ke atas dikira melepasi band..
      jika ketika di unit 1, sudah ada pelajar yg dpt selesaikan band 6, cikgu fotostat evidens band 6 tu (beserta bahan-bahan lain utk band 6 itu) dan terus letakkan dalam fail perkembangan murid dan cikgu x payah lagi dah nak letak ape2 dalam fail perkembangan murid tu pasal band 6 tu adalah band tertinggi…cuma, cikgu nak kena lengkapkan helaian rekod untuk fail perkembangan murid yg sy sediakan di ruang MUAT TURUN tu..
      tp, kalau mcm pelajar sy yg nak lepas band 1, band 2 ni pun susah, sy nak kena tunggu sampai akhir tahun tgk band ape paling tinggi dia bole dpt, baru la sy fotostat evidens tu dan letak dlm fail perkembangan murid…tp, fail tu x la kosong kerana ada helaian rekod yg cikgu isikan skor evidens yg pelajar telah lengkapkan…

      takde nak koyak2, cerai2 cikgu…fotostat je..
      sy dah emelkan cikgu cara nak beli buku band up…

       
  2. norainikamarudin

    13 October 2012 at 3:00 pm

    Salam cikgu..saya antara guru yang akan solat hajat kerana pada saat ini saya tak mula lagi pbs untuk sivik bagi 4 kelas yang saya ajar.. .oleh itu saya berharap sangat untuk mendapatkan buku band up dengan secepat mungkin dari cikgu…

     
  3. Adawiyah Brahim

    16 October 2012 at 8:02 am

    Salam,

    Macam mana cara saya boleh mendapatkan buku Band Up Sivik ni? Saya mahu beli sebuah sahaja. Boleh berikan no akaun dan no telefon.

    Terima kasih..

    ________________________________

     
  4. Suridah Rusli

    2 November 2012 at 1:00 pm

    as salam cikgu…takda buku pbs tuk tingkatan 2 ka?boleh tak cgu tolong emel pemetaan rpt tingkatan 2

    ________________________________

     
    • Cikgu Sivik

      3 November 2012 at 11:47 am

      Salam cikgu,
      Buku pbs utk form 2 dlm proses, psl sy br dpt dsp…
      Secara sepintas lalu, evidens utk form 2 ni mcm lg blur drp form 1 kalau tgk pd dsp nye…
      InsyaAllah, sy akan update di blog pkembangan buki utk form 2..

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: