RSS

Tak Boleh Guna Buku Evidens?

08 Nov

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

terima kasih cikgu-cikgu kerana sudi untuk berkongsi maklumat di blog cikgusivikdisini…salah satu tujuan saya mewujudkan blog ini adalah bagi membolehkan cikgu-cikgu berkongsi maklumat dan membincangkan perkara-perkara yang boleh memantap, memudah dan seterusnya melancarkan lagi perlaksanaan PBS pendidikan sivik khususnya…disamping itu, blog ini juga saya gunakan sebagai medium untuk memperkenal, mempromosi dan memasarkan produk PBS saya, buku evidens BAND UP! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan…

“salam.. bagus usaha cikgu menghasilkan buku ini. sesuai dijadikan rujukan guru-guru PSK membina instrumen.  walau bagai manapun, cikgu2 tidak boleh gunakan buku ini sebagai evidens.  dari pengetahuan saya, evidens setiap sekolah tidak boleh sama evidens dengan sekolah lain. (tegur jika salah) mode : sekadar berkongsi pengetahuan”

di atas adalah kandungan emel yang saya terima daripada rakan guru yang telah berkongsi maklumat dengan saya dan saya ingin berkongsi maklumat ini dengan cikgu-cikgu semua…menurut maklumat yang cikgu ini terima, kita cikgu-cikgu yang terpilih untuk melaksanakan PBS ni, tidak boleh menggunakan buku evidens kerana jika cikgu-cikgu menggunakan buku evidens, evidens akan sama sahaja di sekolah-sekolah yang menggunakan buku evidens…jadi, disini saya ingin berkongsi pendapat saya berkenaan apa yang sepatutnya dilakukan jika inilah sebabnya buku evidens tidak boleh digunakan…

1) DSP hendaklah berlainan untuk setiap sekolah, dengan itu barulah evidens yang dihasilkan berbeza antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lain…ini kerana evidens yang dihasilkan untuk PBS mestilah berpandukan kepada DSP yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan…dan kalau dikehendaki untuk dibuat berlainan pun, saya tak nampak macam mana 10 evidens B1D1E1 boleh dihasilkan dan kesemua 10 evidens B1D1E1 tu berbeza antara satu sama lain tetapi menepati kehendak DSP…

2) Kursus PBS selama 3 hari yang kini sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara tidak perlu dilakukan…ini kerana kursus 3 hari tersebut diadakan untuk membolehkan cikgu-cikgu yang terpilih bekerjasama untuk menghasilkan evidens-evidens berdasarkan DSP…evidens-evidens yang cikgu-cikgu ini hasilkan kemudiannye akan dikumpul dan akan dibawa balik ke sekolah masing-masing untuk digunakan untuk tujuan PBS di sekolah…di kawasan muar-ledang kalau tak silap saya ada 30 lebih buah sekolah…jadi, dah ada 30 lebih buah sekolah di kawasan muar-ledang yang menggunakan evidens yang sama…bezanya evidens-evidens ini tidak dibukukan…

3) Kursus PBS untuk tingkatan 2 belum bermula lagi, dah ramai wakil-wakil dari kedai buku datang sekolah saya hantar naskah contoh buku evidens dari penerbit-penerbit besar yang cikgu-cikgu semua dah kenal…kebanyakan buku contoh adalah untuk tingkatan 1 tapi di kulit buku dah terang-terangan tunjuk buku evidens untuk tingkatan 2 pun ada…siapa yang buat evidens-evidens ni? dari mana mereka dapat DSP? mereka ada kursus berasingan dari cikgu-cikgu sekolah ke?…hmm, jangan biarkan diri saya dan cikgu-cikgu diselubungi “Misteri Buku Evidens PBS”…🙂

ini pendapat saya, dan bagi saya tak salah untuk pakai buku evidens…kalau satu malaysia pakai buku BAND UP! untuk buat PBS pendidikan sivik pun lagi saya sokong pasal memang menepati kehendak DSP yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, lagi mudah untuk kita nak bandingkan prestasi para pelajar kerana evidens yang digunakan adalah sama, macam peperiksaan PMR, SPM yang menggunakan soalan yang sama di seluruh negara…lebih penting lagi evidens-evidens yang dihasilkan mestilah menepati kehendak BAND yang telah digariskan oleh Lembaga Peperiksaan (cikgu-cikgu dah tengok evidens band 6 buku evidens yang penerbit-penerbit besar ni keluarkan?) …

jadi, apa pendapat cikgu-cikgu?

 
15 Comments

Posted by on 8 November 2012 in Buku Evidens PBS, Cikgu Sivik dan PBS

 

Tags: , , , ,

15 responses to “Tak Boleh Guna Buku Evidens?

  1. Nurul 'Ain

    9 November 2012 at 5:33 am

    waktu saya pergi kursus PBS sivik zon malaysia timur hari tu pun mcm tu jgk, pihak JUK dan Lembaga Peperiksaan pun ada ckp semua sekolah seboleh2nya guna instrumen yg berbeza utk nilai pelajar, ada sesetgh pelajar yg mgkn boleh guna instrumen dlm buku band up tu, mgkn ada sesetgh lg yg kita kena guna instrumen lain..tp walau bagaimanapun, buku band up cikgu tu boleh dijadikan rujukan utk guru-guru membina instrumen masing-masing asalkan ianya tidak dijadikan kitab utama utk kita nilai pelajar kita sebab kata pegawai Lembaga Peperiksaan tu, pelajar-pelajar kita ni tak sama..ada yg senang dinilai guna instrumen seperti dlm buku…ada yg kita perlu lebih keatif utk nilai pelajar tersebut asalkan instrumen yg digunapakai selari dgn deskriptor dan evidens dlm DSP.
    Satu lagi, bg penambahbaikan dan memudahkan guru2, ni yg JUK saya bgtau la, utk band 1 dan 2 mgkn kita hanya boleh nilai dgn cara lisan..band 3 sebab tahapnya ‘tahu, faham dan BOLEH BUAT’ jadi mgkn instrumennya berbentuk lembaran kerja sebagai contoh. bagi band 4, 5 dan 6 mgkn kita boleh buat buku skrap atau surat pengesahan guru sebagai instrumen (ikut jgkla apa eviden bg tema tu), tp bg band 6 kalau nak guna surat pengesahan guru yg membuktikan pelajar tersebut dah mencapai eviden tertentu, kita kena letakkan ‘sekurang-kurangnya 5 surat pengesahan bg aktiviti yg berbeza. sbb band 6 kan tinggi so kena la tinggi skit demand nya..
    Ini sekadar perkongsian hasil drp kursus penataran yg saya perolehi drp Pegawai Lembaga Peperiksaan dan JUK. Mgkn guru-guru lain ada maklumat tambahan yg boleh dikongsi bersama.

     
    • Cikgu Sivik

      9 November 2012 at 3:48 pm

      berkaitan dgn guna instrumen berbeza utk nilai pelajar;
      1) sepatutnya 1 kerja utk cikgu, akan beranak pinak jadi 2, 3, 4 dan seterusnya akan membebankan dan seterusnya mengakibatkan stress dan seterusnya mengundang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan lain-lain dan akhirnya cikgu-cikgu akan menyumbang kpd statistik yg akan digunakan oleh JUK atau pegawai-pegawai utk buat thesis master/phd…🙂 gurau je cikgu, xde kena mengena ngan hidup atau yg telah meninggal dunia…tp bole la kita pikir-pikirkan…
      2) cikgu edarkan buku band up kpd pelajar, pelajar selesaikan evidens 1, dan cikgu semak pastu masuk dlm sppbs, selesai.. yg penting cikgu, sblm kita edar buku band up tu, PnP kita mantap, BBM kita meletop, pelajar seronok kita dtg mengajar kelas mereka dan mereka faham apa kita nak/telah sampaikan…kalau PnP, BBM dan class control kita terbaek cikgu, 1 jenis eviden je kita perlukan, x payah 2, 3 eviden…kita pikir byk sgt psl evidens ni cikgu sampai kita terlupa plak perkara yg utama ni…
      3) akan wujud rasa tidak puas hati di kalangan pelajar dan mungkin juga nanti di kalangan ibu bapa..katakan utk kelas sangat pandai kita bagi instrumen band 4 yg sangat susah, tp utk kelas kurang pandai kita bagi instrumen band 4 yg kurang susah…di akhirnya, dua-dua dpt band 4..apa istimewa band 4 pelajar sangat pandai berbanding band 4 pelajar kurang pandai kerana di SPPBS keputusannya keduanya menguasai band 4, itu sahaja…nanti kita kena tuduh pilih kasih la, x pandai buat keje la…haish..

       
      • sikinrahim

        26 July 2013 at 7:31 am

        hehehe…..saye sgt stuju ngn pdpt Cikgu Sivik…🙂

         
  2. Nurul 'Ain

    9 November 2012 at 5:50 am

    satu lagi, lupa pulak..kata pegawai Lembaga tu, tujuan PBS ni diadakan adalah utk memberi peluang kpd guru utk menilai pelajar mengikut diri pelajar itu sendiri sbb tak semua pelajar kita tahap pencapaiannya sama…dan hanya guru itu sendiri yg kenal pelajarnya. Pihak LPM taknak guru-guru menjadikan buku-buku yg dikeluarkan sebagai satu kitab utama yg dipegang utk menilai pelajar-pelajar. Sebagai contoh, kalau sblm ni kan ada PMR dan student2 semua dinilai berdasarkan soalan yg dikeluarkan oleh LPM so pegawai tu kata dgn PBS ni lembaga taknak pelajar dinilai dgn soalan yg lembaga bagi, pelajar perlu dinilai berdasarkan DSP yg diberikan sbb hanya tu saja kitab utama yg guru-guru perlu ikut. Instrumen/ cara menilai terpulanglah kepada guru asalkan selari dgn kehendak deskriptor dan evidens dlm DSP. kata pegawai tu lg, kalau la lembaga bg contoh2 instrumen dan buku, mesti itu yg akan digunapakai oleh semua guru..so LPM taknak konsep mcm tu dlm PBS ni..LPM beri keselesaan kpd guru utk menilai pelajar berdasarkan apa kebolehan dan pencapaian pelajar dan hanya guru yg mengajarnya saja yg kenal pelajar itu dan band apa yg layak diberikan kepada pelajar tersebut.
    Sekadar perkongsian maklumat drp kursus yg dihadiri..mohon tambahan maklumat drp guru-guru lain yg telah hadir tempoh hari di zon masing-masing.

     
  3. Norini Ibrahim

    9 November 2012 at 10:40 am

    Entahlah pada saya dalam kekalutan yg ada apa2 saja yang dapat membantu saya terima saja. Sepatah kata orang putih once you get the hang of it barulah dapat membina instrumen yang bermutu bagi pelajar. Macam saya ni guru sains dan sivik, nak mengejar buat experiment lagi untuk sains. Lepas tu orang yang balik kursus sivik tak bagi in house tak ke pitam saya dibuat nya. So pada saya yg serba kekurangan ni band up amat membantu. Sebab kelas sains dengan terlalu banyak instrumen pd topik yg last chapter 7, pitam lag dibuat nya saya. Anyway terima kasih cikgu sivik, keep up the good work.

     
  4. siti

    14 November 2012 at 4:32 pm

    sya pn pening.ms sy g kursus kitaorang buat eviden tp bila kt last sek ari 2 ketua bidng kta orang pesan evident jgn amik kt mana2 buku.buat sediri,xleh sma nga sek lain.pelik nape buat kursus n bina soalan utk eviden klau xleh guna….pening kepala sya nk buat evident baru utk tahun depan..sape nk tolong?????

     
  5. izu izzuddin

    25 November 2012 at 5:53 pm

    samada salah atau tidak mengunakan buku evidens…?????
    pd sy tidak salah mana-mana guru mendapatkan buku evidens atau modul cuma jgn lah mengunakan kesemua isi kandungan yg terkandung dlm buku evidens atau modul tersebut…terpulang kepada kebijaksanaan guru sebenarnya.., contohnya sy sendiri membuat modul sivik, tetapi sy tidk dpt mengunakan modul tersebut dlm semua klas yg sy ajar…soalan yg sama bo diubah mengikut kesesuaian pelajar
    saya beri satu contoh ( tp contoh ini untuk kls sc- xkisahlah ini kan contoh)
    soalan untuk band 1
    soalannya : senaraikan peralatan yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair,
    bg klas depan pelajar dengan mudah dapat menjawab, berbeza dengan pelajar klas blakang, apabila sy tukar soklan ini menjadi: Namakan peralatan yang digunakan untuk menyukat isipadu boleh plak plajar klas blakang jawab…jd sy fikir cuma masalah pada perkataan yang digunakan shj samada senaraikan atau namakan…see soklan yg sama untuk dua golongan pelajar yg berbeza..
    so konklusi yg sy nak kongsi di sini ialah….jd lah guru yg kreatif n inovatif…buku n modul yg ada di pasaran jdkan sbg panduan…xsalah beli n d guna dlm klas…cuma jgn wat jd buku teks atau compulsary kpd pelajar mesti ada…kdg-kdg sy terfikir nak memiliki seme buku evidens yg ada di pasaran…bukan apa boleh wat cam bank soklan..n bo dpt idea nak wat soklan mcm mana..kadang-kadang buntu gak…klu dah kekurangan waktu terpaksalah wat lampiran kerja…tp sememamngnya untuk sivik..kebyakan evidens boleh dinilai drpd projek atau khidmat masyarakat yg dilaksanakan oleh pelajar…sekali lg guru kena kreatif…klu nak ikut waktu xpenah ckp waktu…pandai -pandailah kita cr waktu…
    jgn salah faham…siapa yg banyak masa menulis buku…teruskan usaha anda….sy sokong…yg lain jgn bantutkan daya kreativiti anda
    masa kursus mmg lah kt kena wat evidens…tp itukan bengkel..bengkel mcm mana nak wat evidens…kt dah terlalu bias dimanjakan dengan buku-buku yang ada dipasaran…lama-lama dah xreti atau xkonfidens nak wat soklan sendiri..padahal masa di u semer blajar tatacara membuat soklan mengikut tahap pelajar…alah..teori gardner…ingat x ataupon taksonomi bloom…apa-apalah…yang korg blajar kat u dulu…

     
    • Cikgu Sivik

      26 November 2012 at 4:44 am

      Salam cikgu, terima kasih kerana berkongsi pendapat;
      1) knapa kalau kita dapatkan buku evidens/modul, kita tak boleh/jangan guna kesemua evidens dalam buku/modul tu? kalau buku/modul menepati kehendak DSP/PBS, kita pakai je la smua..kan tu dah memudahkan kerja kita? bagi saya itulah tindakan yg paling bijaksana…cikgu kena faham eviden dihasilkan berpandukan DSP dan kalau nak ubah pon kena sama dengan kehendak DSP…
      2) sy rs kalau cikgu bagi contoh utk eviden sivik lg sesuai tp cikgu pakai contoh eviden utk sains pon rs ok jugak psl selain dr mengajar sivik, sy juga mengajar sains tingkatan 1, jd xde masalah…
      sy rujuk DSP sains tingkatan 1 sy x jumpa penyataan eviden seperti contoh yg cikgu bagi, jd ni sy bagi contoh yg betul punye
      eviden B1D2E2 = menyenaraikan pelbagai jenis sel manusia.
      DSP suruh murid senaraikan pelbagai jenis sel manusia…sebenarnye sy x nampak apa bezanya senaraikan dgn namakan spt yg cikgu bgtau…sy rasa cikgu kena perincikan sikit la kat sini, kalau setakat tukar senaraikan jadi namakan, sy rs mcm cikgu tak ikhlas nak bagi pendapat..
      dan sy rs bukan evidens yg kena disesuaikan dgn murid, murid yg perlu kita sesuaikan dgn eviden..kalau eviden nak murid senaraikan pelbagai jenis sel manusia, cikgu kena ajar murid tu sampai dia boleh senaraikan, tak kisah la dia dpt senaraikan psl dia mmg tahu atau dia senarai psl cikgu suruh dia ingat/hafal..so cikgu sepatutnye kena kreatif dlm PnP cikgu, bukan kreatif dlm putarbelitkan evidens..
      3) dlm sivik pun kalau cikgu buat modul cikgu ikut DSP, band 1, 2, 3 mmg kena buat dlm bentuk lembaran kerja, band 4, 5, 6 tu baru susah sket, buat laporan, kaji selidik, kerja amali dsb.. khidmat masyarakat pun sy rs xde pun disuruh secara spesifik kat dlm DSP…sy x pasti mcm mana cara cikgu buat PBS tahun 2012 bila cikgu bagitau byk eviden boleh dinilai dr projek dan khidmat masyarakat dan bila cikgu kekurangan waktu je br buat lembaran kerja..sy mengajar kelas sivik tgh sampai hujung, kelas hujung tu nak suruh dia buat eviden band 1 ngan 2 pon liat sampai sy kena kejar diaorg utk siapkan, ini plak nak suruh dia buat khidmat masyarakat…
      ada murid yg mmg tahap dia sampai band 2, band 3 je cikgu…ini realiti…tak tahu membaca, bertutur dlm bahasa melayu/inggeris…nak dptkan dia band 1 pun susah kadang2 cikgu…kesian cikgu yg ajar BM/BI..
      4) waktu sehari ada 24 jam, waktu tidur..tidur, waktu solat…solat, waktu makan..makan..waktu kerja..kerja…tp kerja kita makin ditambah-tambah, adakah kita kena tambahkan waktu kerja kita, ambil waktu lain? ambil waktu tidur, waktu solat, waktu makan, waktu bersama keluarga?….
      jgn salah faham…siapa yg nak tambahkan masa utk kerja…teruskan usaha anda…sy x brp sokong…yg lain, tambahkan masa beramal, masa bersama keluarga, jgn/kurangkan buat kerja sia-sia/buang masa, tp bila kerja, kerja dgn bijak dan betul…
      5) 3 hari, dr 8 pagi sampai 4.30 ptg adalah ms yg lama kalau setakat bengkel mcm mana buat evidens…buat 1 hari, atau 1/2 hari je pun cukup kalau setakat mcm mana buat evidens…ini mmg dia suruh cikgu-cikgu buat evidens satu-satu ikut DSP, ikut aras band…dah buat susah2 tiba2 balik skolah ckp x boleh pakai, tak boleh sama sekolah lain, ape citer?…xde kaitan pun dgn jd manja, x reti, x konfiden nak buat soklan…
      dan cuba cikgu check betul2, kat u dulu cikgu blajar buat soklan ikut tahap pelajar ke, buat soklan yg mempunyai aras kesukaran yang berbeza? cuba cikgu bukak buku balik, tgk teori kecergaasan pelbagai gardner ngan taksonomi bloom tu, betul ke dia ajar supaya murid pandai bagi soklan susah, murid kurang pandai bagi soklan kurang susah?…

       
      • hamizan nawai

        19 January 2013 at 10:10 pm

        saya sokong pendapat cikgu sivik.. mantap

         
  6. Teacher Ticer

    24 January 2013 at 8:34 pm

    An evidence is based on DSP. A description says: “Melabel struktur telinga manusia”.. tell me how many ways can we label the structure of human ear? How many different worksheets for labeling ear structure can be made? The worksheets can be built for three level of difficulties but different?? NO, if you stick to the DSP!

     
  7. virus

    30 January 2013 at 11:11 pm

    x suka pbs menyusahkan….byk beban kerja yg dah sedia berat…stressssss…n mcm2 penyakit senang nk dtg.

     
    • Darercia Glorri

      18 May 2013 at 11:57 pm

      ur damn correct….

       
  8. cg mal

    9 March 2013 at 9:47 pm

    dengan ada pbs.banyak kerja yang perlu buat

     
  9. sikinrahim

    26 July 2013 at 7:38 am

    hahaha……… i like uols…smua kreatif dan telus membri pdpt..

     
  10. Rezha

    7 October 2013 at 7:32 am

    hmm… pada pendapat saya ubahsuai PBS berdasarkan kreativiti seorang guru berdasarkan DSP dan juga muridnya, saya mengajar murid di sarawak dan dapat kelas hujung sekali hingga ada memerlukan masa saya soal jawap dengannya dan menulis jawapan bagi pihaknya kerana lemah bahasa melayu dan juga penulisan. jadi jenis macam mereka terpaksa lah saya permudahkan terutama band 1-4 bagi meluluskan mereka itu pun berpeluh2 juga saya cuba tekankan apatah lagi kesuntukkan disebabkan saya di timpa kemalangan dan bercuti agak panjang dan bila sampai kesekolah didapati tiada siapa di anatar guru menganti saya menjalankan PBS (ketua panitia pun bertukar2 sampai jenuh mencari yang baru)…ni tgh gelabah nak buat semua PBS dari bulan 3 dulu sampai skang.

    anyway kalau cikgu sivik merasa pelajar cikgu cukup hebat untuk menjawapnya adalah lebih sesuai mengunakan eviden yang boleh membangunkan kreativiti, ada pelajar yang untuk menyenaraikan pun belum mampu bagi trial pertama macam murid saya, saya rasa saya guna yang paling mudah berdasarkan DSP. lagipun memang itu tujuan DSP mengikut kesesuaian murid. anyway bagi pendapat saya disebabkan ini lah PBS bagi saya tak melayakkan sebagai penganti PMR tapi nak buat macamana kita ni orang yang di bawah so bagi je apa2 program atau kaedah kita ikut je dan buat terbaik walaupun nak pecah kepala…..selamat berkhidmat🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: